Friday, October 31, 2014

MOGTT & ATT (TENSION)

Assalamualaikum


Semenjak aku membinasakan blog aku ni, malas nya bukan main lagi aku berbicara dalam hati, sakit aku melihat perangai ku sendiri. kerana sering memandai-mandai ubah itu ini (ketuk kepala sendiri) 



tanpa membuang masa, mari dengar aku berceloteh dalam hati sambil menaip. AL-kisah nya macam ni, pada 30/10/2014 aku seperti biasa menghadirkan diri ke klinik kesihatan ibu & anak untuk pemeriksaan kandungan. alhamdulillah. untuk pemeriksaan minggu ke 22 ni, aku tersangat-sangat lah sihat, cuma seperti biasa aku kan suka memandai-mandai, kunun mahu menukar citarasa lah, dari susu anmum aku pi tukar minum susu ducth lady full cream.





sembelit jangan cakap lah, mahu berjam2x jugak aku mengeluarkan nya, sebenar nya bukan salah susu dutch lady tu pun, iyalah bak kata pepatah. selera sama perut lain-lain so perut aku yang tidak boleh menerima kehadiran si susu ducth lady tu.


sambung balik ANC ku pada 30/10/2014 tu, aku dengan selamba nya datang seawal 7.48 pagi dapat jugak no 2, nurse pon panggil (aku suka nurse ni berbudi bahasa lagi cantik) miahahahaha <---- itu pon perlu cerita ke?? sewelll



ok nurse check itu ini, amik darah timbang berat. aku memang sedia maklum yang berat ku naik 2 kilo sebab aku sudah menimbang berat badan di tempat kerja hari tu. pakai timbangan ini~~ layannnnn

melampau tak?? hahahaha.. timbangan ini merekodkan keberatan aku ada lah 42 kilo?? happy tidak terkata.. menyanyi-nyayi kecil. shaa-lalalalala

tapi bila di klinik harus lah ikut timbangan yang sebenar nya.
dan result nya ada lah 41 kg. ringan nya mak buyung ni. ok itu tolak tepi dulu. 

nurse~~~ idah baring atas katil tu mahu check jantung baby mu. 

aku~~~ ok.

nurse~~~ a..a..aa check tinggi rahim dulu (sm)

aku~~~ ok

nurse~~~ 22 cm
kedudukan presentasi~~~ sufalik
jantung~~~ + 100/bpm
gerak~~~ +

aku~~~ ok (aku memang sopan kalau check mencheck ni)

nurse~~ idah, saya mahu jarum kau sikit ya. nama suntikan ni (ANTI TETANUS TOXOID) dalam bahasa melayu nya, jarum kancing gigi.

aku~~~ baik nurse (hamboii sopan anak sapa lah ni) hehehe

nurse~~~ tapi saya mahu kasitau kau sikit, suntikan ni memang sakit ya, kalau saya menangis sudah time kena suntik ni. dan time mengandung suntikkan ini lah yang saya paling benci. sebab sakit. dan kebas.

aku~~ iskkk melampau betul, kenapa juga ko kasitahu aku begitu nurse oittt, bukan ka ko tau yang aku takut pada suntik-suntik ini. eeeeee.. berpeluhhh juga (cerita dalam hati) tapi depan nurse tu aku ok2x jak. rilexxx.. tahi kucin ko idah!!!

time nurse tu suntik sumpahhhh memang tahi palat buah kedondong, sakit nya pulak. ini lah kali pertama aku merasai suntikkan yang boleh membawa kepada kedemam-an. apa lagi kalau sudah dia meresap ke dalam tangan. memang sandi weiiii aku seram. kamu bayangkan lah dari 30/10/2014 sekarang ni 01/11/2014 (3) hari weiii sakit nya tidak berkurang. betul tidak payah lah kamu percaya ya. pi try sendiri. hehehe

selesai semua nurse tu suruh aku pi hospital jumpa doktor kata nya sebab 22 week dah kan? mahu scan kali. aku on jak. suami setia di sisi menemani (miss u sayang) bodek mu melampaui batas sebagai seorang isteri.

sampai jak hospital, aku berjumpa dengan doktor wanita yang bernama norhayati. baik gila doktor ni. dia siap tanya ada itu, ada ini.. aku?? tiada.tiada.tiada.

ok baring kita mahu scan dulu. dah siap scan aku bukan nampak tu apa yang dia scan. tunggu-tunggu juga apa kunun dia mahu cakap (finalty) tiada bak kata orang putih nothinggg!!! aikkk apa kah jadah nya check tulis berputar2x macam dia jak yang paham. terus dia cakap. esok datang kena check mogtt. oraittt see u next time. 


sampai jak rumah terus mengoogle apa yang dia tulis tu, baru jumpa jawapan. perlu ke doktor buat macam tu ye? bagitahu lah serba serbi apa yang kamu tulis tu, kalau doktor sama doktor tidak mengapa sama jak kamu tu 2x5 yang bukan doktor ni?? macam mana kesian. sudah lah kita tutup cerita pasal doktor-doktor2x ni. naik mendidih pulak darah ni.

31/10/2014~~ buat pemeriksaan mogtt (kandungan gula dalam darah) itu jak yang ku paham.

sampai hospital seawal 7.50 pagi orang dah beratur sesak-sesak, aku terus pi bilik yang di suruh iaitu bilik nombor 8 bilik vaksin. kalau tidak ku silap. tunggu dalam 5 minit nama kena panggil. ambil darah lepas tu dia suruh ke makmal bagi simple darah tu. tunggu lagi dalam 5 minit, nama kena panggil. minum-minum kata nyer. sila minum ya cik kak. habiskan dalam masa 5 minit. <--- ehhh, ehhh jap menghalau ke apa ni?? (gurau jer hik..hik..hik)

aku pon dengan selamba nyer, minum.. mak aiiiiiii manis nya!!! manisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
sebanyak itu lah kemanisan air yang di hidangkan tersebut?? selesai minum.. biul2x sudah kepala ku, mahu muntah 1 hal, mahu pengsan 1 hal. dan balik semula ke bilik vaksin untuk bagi kertas kecil yang tertulis 10:10 am. kata nurse tu ok , sekarang boleh minum tapi jangan makan, puasa lagi seperti semalam. perut dah berbunyik2x. sabar. 

suami pun menemani seperti sedia kala, suami bagi pendapat yang jom kita keluar pi luar tu, ada kerusi lah kuat angin lagi. sayang boleh baring-baring dekat situ. mana-mana jak lah sebab kepala sudah biul ni. aku lending jak di mana-mana ada ku kesah???? lagi ku jam baru menunjukkan 8.45 pagi?? aduhhh ada berapa lama lagi ni.

baring punya baring tertidur lah aku dengan penuh maruah, hahahaha.. orang lalu lalang kesana kesini, aku membuta.

10:10 pagi aku masuk lagi bilik vaksin tersebut, hoke fine amik darah lagi. ampunnnnnn menderita kitak <----keluar bahasa bapa anda. hehe
sekali lagi makmal. kata nurse dah boleh makan..yahooooo, tapi jam 2 patang baru dapat rsult nya.. ahhh lantak lah.. yang penting kita makan dulu. bergegar rasa nya tubuh ni. sayuuuuuuu. hehehe

2:00 patang~~~~ kosongggg
3:00 petang~~~~ mendapat berita yang doktor tengah meeting. <---- tengok lah dorang ni time ini jugak lah dorang meeting.
4:00 petang~~~~ nama kena panggil. kakak2x ibuk2x adik2x semua ok. sekali nya aku gagal. anda di sah kan mengidap kencing manis. dunia ku rasakan bertukar jadi merah jambu. mahu jak ku menangis. apa kan daya. terima seadanya. risau mula bertapak di hati. risaukan baby ni.wawawawawa kenapa mesti haku?? sejak bila pulak aku minum air bergula2x ni. tidak pernah hoke. hubby pon heran. sebab dia lah yang sering berada di sisi ku. di tempat kerja, di rumah dan di mana-mana.. mana mungkin!!!!

ok result gula ku 8.2 dan paras yang paling akhir adalah 7.8. sikit jak tu. k lah out dulu sambung mengoogle lagi cara merawat nya.. bye lv u kamu2x. lain kali kita story morry lagi ya. publish!!!!






Baca Lagi

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah