Friday, May 22, 2015

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KEDUA DAN KETIGA

Assalamualaikum...


Wah, lama sesangat tidak pernah ku update cerita tentang ulang tahun perkahwinan haku, hehehe.. macam kami tidak exsited sudah bah mahu menyambut, kunun masa ulang tahun pertama tu bukan alang-alang lagi perjalanan kami, tapi bila masuk ulang tahun kedua dan hampir masuk ketiga ni kami sibuk jak mengurus c,baby zuyyin insyiqa jantung hati tu, ahahahaha..

Namun sibuk-sibuk aku melihat cuti-cuti bulan 5 ni, terpandang pulak tarikh perkahwinan aku, ya ALLAH hampir aku terlupa, 26.05.2015 ni genap dah aku berkahwin masuk tahun ketiga, apa yang aku dapat setelah bergelar isteri selama 3 tahun ni?? haahhaha.. banyak, syukurlah alhamdulillah.. aku diberikan kesihatan yang baik, suami yang baik, yang paling aku bersyukur adalah, aku dianugerahkan seorang puteri, mami miss u sayang.. wahh tetiba aku teringat anak aku yang dekat rumah apalah budak kecik tu buat ya?? kadang tu aku cemburu betul dengan ibu yang sanggup berhenti kerja semata-mata ingin membesarkan zuriat mereka. ialah mana tidak nya, seronok nya menjaga anak sendiri. tapi apakan daya.. kami suami isteri bukan nya bergaji besar pun. dengan kehidupan yang sekarang ni, adusss no..no..no jangan fikir sangat boleh stress jadik nya.

Pasal ulang tahun perkahwinan ni, sebenarnya tidak di sambut pun tidak mengapa, yang penting suami @ isteri sentiasa ingat kan? adalah yang boleh d,ucap2x.. hahaha, ucapan2x kosong pun ok jugak. aku pulak, syukurlah en suami tetap bagi something special, tapi something nya ni 1 jak.. katanya ' ini hadiah merangkumi semua, hahaha.. hari jadi ku,ulang tahun perkahwinan,hari kekasih,hari ibu dan hari-hari yang mendatang. kakakakaka.. kedekut dak??? iskkk jangan cakap macam tu. hinggat laki ko tu berdowit sangat mo bagi ko hadiah tiap kali ada something2x. hehehe, jangan perasan boleh tak?? cuba bawak bersabar dan berjimat sikit?? kakakaka.. ahhh tengok aku dah mula terapi diri aku. kadang tu kan kalau hari ibu muncul kembali @ hari2x yang entah apa2x. aku terus buat dialog begini " yang tengok dorang tu, suami dorang bukan main romantik bangat, bagi itu, bagi ini.. "laki aku pulak, ermmmmm sambil layan COC, dan berkata, kan sudah bagi tahun lalu.. -----> boleh sakit jiwa kalau ingat balik. kikikiki


Apa pun, syukurlah kita masih bahagia disamping suami tersayang kan kawan2x, jangan minta bukan-bukan tau, hehehe.. jom terjah hadiah yang tidak seberapa dari ayah si zuyyin ni. aku bukan menunjuk-nunjuk ok, apa sangat lah hadiah yang aku dapat tu kan? tapi sebagai isteri kepada suami aku, aku sangat gembira terima apa saja lah bentuk pemberian dari dia, sebab yang aku tahu itulah tanda dia menghargai aku. manalah tahu satu hari nanti bila sudah tua kerepot ingatan pulak agak kabur-kabur, sekurang nya bila aku baca balik blog ni, aku boleh jugak senyum-senyum sendiri, hehehe..rupanya pernah jugak orang tua ni bagi aku hadiah.


Ini hadiah untuk setiap hari jadi ku, ulang tahun perkahwinan,hari ibu dan hari2x yang paling istimewah




'
'
'
'





Hadiah di atas ni pulak, waktu ulang tahun aku yang kedua tahun, telepon tu aku minat sangat time tu, terus hubby belikan, yang rantai tu pulak, sedih bila ingat balik.. kata suami masa aku keguguran hari tu, dia sudah janji. dia mahu belikan rantai.. ini jak lah kata nya yang dia mampu.terima kasih ya ayah zuyyin


'
'
'
'
'
'






ini pulak laptop, ayah si zuyyin belikan katanya bila aku dalam pantang nanti, boleh lah aku online dan update blog tiap hari, konon.. hahaha, ingat broadband tu murah?? aku pulak berpantang mana pernah layan laptop aku layan anak aku jak.. so laptop ni jadi perhiasan jak lah. kata nya lagi hadiah untuk ulang tahun yang ketiga, ingatkan dapat laptop jak. rupanya dia bagi amik print sekali. hahahahaha.. mahu print apa kunun?? entah lahhh.. banyak sebenarnya tapi nanti si zuyyin sudah sekolah kali. apapun terima kasih dear ayah zuyyin ya.

'
'
'
'
'








hahahaha, ini update terbaru, bukan menunjuk ya kawan.. cuma berkongsi suka dan duka..insyaALLAH semoga kita diberi kebahagian selalu amin, ini aku kepingin betul. apa tidak nya ayah si zuyyin ni cakap " yang camera hp ni 13 mp ya. meleleh air liur ku ba, aku terus cakap dengan ayah si zuyyin aku suka hp ni, gila mo berselfie sama anak kunun, laki aku apa lagi cepat jak tergoda, terus sambar satu. kata ayah si zuyyin, ini hadiah yang tidak seberapa sebab aku menjaga anak nya dengan baik. ele,ele,ele.. mungkin menyesal gilak dia belikan aku. sebab aku layan games terus. hahahaha.. si zuyyin kan kalau dia tengok aku pegang hp ni, membesar biji mata nya, macam dia punya jak, ayah si zuyyin pulak terus cakap begini. ' nak, ini ko punya jugak, ibu mu pinjam jak. hahahaha, bagus lah cakap begitu ada harapan aku minta belikan hp baru zenfone zoom @ zenfone 2.. koyak la poket mu sayang.


Kamu, terima kasih lah sudi juga membaca bebelan aku yang merapu2x ni.. bye2x lah. hehe

publishhhhh... no kota kinabalu, no jalan2x.. hadiah pon ada. ok lah. hahahaha




1 comment:

  1. Bagi beberapa orang pencinta taruhan, memilih agen merupakan hal terpenting yang sangat diutamakan karena dengan agen terbaik dan terpercaya akan meningkatkan kenyamanan saat bermain. Seperti agen ini http://103.102.46.188

    ReplyDelete

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah