Tuesday, April 28, 2015

SEINDAH - DI JADIKAN INDAH


Assalamualaikum



 latest pic october'2014

To be honest, sebelum aku menulis dengan lebih panjang lagi.. aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu mendoakan aku, keluarga jauh @ pun dekat.. kawan facebook yang terbaca blog aku atau pun terbaca luahan isi hati ku di facebook, hehe..

di jadikan indah..banyak rintangan yang ku lalui, tapi berkat usaha,doa,tawalkal,dan redha.. aku hampir ke tahap itu.

pada 22/05/2014 aku sekali lagi di uji, takut,berserah,sedih semua bercampur baur, hanya ALLAH yang mengetahui apa yang ku rasa ketika itu. dear hubby tidak henti-henti menemani aku kesana kesini, beri semangat..kekuatan.. kadang kala aku terasa ALLAH sedang menguji aku, bukan menguji sekali, tapi berkali-kali.. kerana mungkin aku sudah berada jauh daripada nya. aku cuba kuat kan diri, dari sebuah ujian.. aku memahami erti sebuah kesabaran.
setelah beberapa hari aku bercuti, akhirnya husban aku menyuarakan isi hati nya (chewah hehe) agar kami menunda dulu, cita-cita dan keinginan kami untuk mempunyai cahaya mata sendiri. dan aku pun terus bersetuju mungkin sebab aku perlukan rehat untuk jangka masa yang lama.  (kira2x 5 or 6 bulan begitu) selepas itu go try again. hehehe
07/06/2014 aku rilex2x bersama my hubby almaklum lah saturday, ada seorang macik ni kira nya macik ni terkenal juga lah di kampung longdanau ni. dia datang bertandang kerumah, tujuan utamanya adalah untuk mengurut adik ku yang kini hamil 5 bulan. dan dalam kesempatan itu juga, aku pun mula lah ingin sentuhan urutan dari macik tersebut. hahaha (menyempat lagi)
dalam mengurut2x perut ku sambil ku mendengar macik tu berceloteh, lucu hoke.. best walaupun kurasa sekian lama dia mengurut semakin sakit, tapi semua tu ku tolak tepi. hahahaha, urut punya urat, 

macik ~~~~'' macam bunting jak kau ni tau!! (mengandung)
aku~~~~ dalam hati ku aaaa??? biar betul, biar betul. '' iya ka macik??
macik~~~ tidak lama mengandung, sebab hidup bergerak2x rahim mu.
aku~~ oooooo (terkedu seketika)
selesai aku berurut terus aku lari pi bilik, '' yang2x (pangilan ku untuk my hubby) bilang macik tu, aku mengandung. betul ka itu yang??
dalam minda ku bercampur baur antara suka,takut, tapi yang banyak nya takut lah. takut en hubby bersedih lagi. namun ku kuat kan hati..ehhh,ehhh,ehhh (apsal aku terlebih pikir plak kan?? sebab macik tu bukan kasih confirm pun. dia cakap MACAM jak) hahahahaha
ok-ok, dont fikir bukan2x, sebab baru berapa hari ni.. just tenangkan fikiran.. 
hari demi hari.

                                                      
1 month~~ kurasa diri ku terlalu lah alahan kepada bau bilik tidur ku sendiri
no..no..no, harus rilex lagi, kini datang lagi.. cirit birit tahap gaban, pening satu hal. makan ndak lahap sudah (makan sikit-sikit) aku masih berlagak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku. tapiiiii kerilexkan ku tidak bertahan lama. akhir nya aku  beli UPT. hahahaha <----- ini pun perlu cerita ka???
'

'

'

'

'

'
akhirnya~~ dengan kesyukuran ke hadrat ilahi, terima kasih ya ALLAH engkau lah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba mu ini. aku di sah kan oleh UPT positif dengan dua garisan yang sangat lah terang. aku dan hubby panik, takut.. dan macam-macam lah, tetapi..hehe, dengan adanya keyakinan kehadap sang pencipta kami serah kan kepadanya. amin ya rabbal alamin.


2 month~~ berat badan ku makin berkurangan, pipi yang dulu nya montel2x sikit makin kurus, tapi aku tetap gembira, kerana hanya untuk dia (my baby) makan pun aku memilih, makanan yang boleh ku makan pada bulan ini hanyalah lah ayam. (kfc) hamboi selera bukan main. hehe.. kfc lunch dinner jak. rm6.80 tambah cukai gov. dalam rm 7. lebih gitu lah. hampir setiap hari hanya makanan tersebut yang boleh ku telan. selain Kfc buah-buahan pun ku hantam, antara nya.. durian,langsat,rembutan,apple merah. limau.miahahahaha bertapa jeles nya orang-orang terhadapku?? hehe aku bertuah sikitlah sebab pada masa aku mengidam buah-buah ni. time itu juga lah banjir buah. musim buah.



3 month~~ tahap alahan dalam diri ku kini bertambah, hahahaha. bila makan muntah,bila makan muntah, itu saja lah rutin ku, berat badan makin susut, kini ku bertemankan surah-surah dari AL-QURAN, al fatihah, dan selawat nabi (bagus ni diamalkan) en hubby macam biasa, bagi kata semangat. tapi betul lah. aku memang asal muntah jak ku cuba makan lagi. sehingga lah akhirnya alahan ku makin berkurang. syukur alhamdulillah.



4 month~~ alahan tetap ada,tapi time pagi ja, asal bangun tidur jak.. terus tekak mengembang, jadi kita mesti sediakan biskut untuk di kunyah2x. berat badan naik dah sekilo, sebab tekak ni asik mahu minum duchlady saja.wahhh dan diketika ini juga aku sibuk mencari baju mengandung.. hahahaha, over kan?? padahal perut haku bukan besar mana pon. kalau aku pakai baju kurung pun muat lagi. hehehe <--- nampak ka di situ??  tapi betul lah baju maternity ni bukan nya murah. kalau budjet takat-takat rm 70.00 tidak dapat hoke. tapi itu lah budjet ku, bukan jak rm 70.00 sepasang ada kah aku mahu 2 pasang??? hahahahahaha. malu nya aku pada diri ku sendiri sebab ingat ini zaman 90 an ka??? mana mahu cari baju maternity rm 70.00 2 pasang???

tapi disebabkan kebijakkan haku.. <---- hamboiiii, haku dapat mencari baju maternity yang amatlah murah, bunga2x vantage lagi. haku apa lagi malas sudah ku memikir, terus aku sambar satu.

haku~~ kak yang ini berapa harga??

kakak tu~~ rm 48.00 dik ada lagi warna lain, (sambil membongkar2x)

haku~~ ermmm, kak 35.00 lah ba sambil memegang perut ku <--- tektik wanita mengandung. miahahahaha

kakak tu~~ ok lah rm 35.00

tengok?? kalau kita pandai menawar harga boleh turun lagi tu sampai rm 10.00 tapi nasib baik en somi sudah menjeling2x haku. <--- isyarat tu. over acting nya haku, sory ya kawan-kawan. sampai sahaja di rumah aku dengan bangga nya memakai baju tersebut di depan my mum and my sister. hahahaha disitu lah ketidak sabaran ku datang.

sis~~ cantik plak baju mu mie?? berapa lah kunun tu? <--- nada jeles tu

haku~~ murah jak rm 35.00 macam cantik pulak kan?? " dalam hati kecik ku, aduh kenapa lah aku tidak ambil dua tadik''

sister~~ ahhahh, cantik sot, <--- masih lagi nada ndak puas hati.

haku pon berlalu kebilik dengan masih memakai baju maternity tersebut, bila sampai depan suami.

haku~~ yang cantik ka?? <--- nada gembira, suami aku memang pantang kalau aku buat nada-nada demikian.

suami~~ cantik yang, ngam betul dengan sayang baju ni.

haku~~ iya kan yang? kenapa lah haku tidak amik dua tadi.

suami~~ itu lah ayang, kalau suka beli lah ba dua, ini sampai rumah sudah baru mau dua. <--- nada suami seperti mahu aku tahu '' padan muka mu. hahaha

haku~~ membisu seribu bahasa <--- mahu suami rasa serbah salah. hahaha

suami~~ iyalah yang, kalau sayang suka habis makan kita pi beli lah.

haku~~ dengan nada keriangan. betul ni yang? jom lah kita pi sekarang nanti tutup pulak tu kedai. kan hari ni hari ahad. <--- memang tiada kesabaran betul mangkuk hanyun ni.

suami~~ sabar lah ba, kita kan belum makan lagi <--- barangkali dalam hati nya, aku kasih makan juga dia baju ni tau!!!















         






Baca Lagi

Wednesday, April 15, 2015

WANITA KERANA DIRI MU SANGAT BERHARGA

Assalamualaikum..

Hi apa kabar ullsss.. wah semenjak aku berpantang ni, sekali pon aku tak jenguk blog aku. Bukan nya apa.. habis kalau aku asik berblog, anak aku yang kecik tu sapa mahu jaga?? Hahaha.. elehh over. Orang lain pon ada anak juga. Miahahahaha..

Ok2x.. entry aku kali ni berkisahkan tentang pengalaman aku bersalin.. ehh korang janganlah kesah ek. Aku menulis entry ni untuk suka2x saja. Lagi pun aku mahu abadikan kenangan aku melahirkan puteri sulung aku ni. Mana lah tahu kot2x anak aku baca nanti. Tahu juga dia erti sebuah pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Miahahaha.. syok sorang2x almaklum lah jam sudah menunjukan 0055 tengah malam. Suami dan my baby da pun lena di buai mimpi.

Bermulanya sebuah perjalanan seorang isteri yang akan melahirkan zuriat untuk suami nya yang tersayang. Al-kisahnya---> jom ikuti;-

Pada 21.02.2015 pagi tu mak bapa aku akan berangkat ketawau kata nya. Sebab adik aku baru je sampai dari kl. So aku pula teringin saja mahu join sekali al-maklum la suami aku tengah bercuti time tu. Aku pon ajak lah dia, tapi suami aku macam mahu macam tidak juga. pujuk memujuk berlaku seketika, akhirnya suami aku pon bersetuju. Yeyy.. dalam yey2x aku tu perasaan aku mula lain macam.. tapi aku pendamkan.

Kami pun berangkat ke tawau. Aku pula sudahlah tunggu hari. Makan pun tidak main jalan begitu saja. Hehe.. sampai kunak punya lah aku lapar. Baru tu lapar tahap kebulur. Baby pun asik saja lah mengeras. Tapi aku senyapkan saja. Takut suami aku mengamuk pulak. Iyalah sudah lah dari rumah makan pun tidak. Entah lah tiba2x selera makan tu hilang. Adik aku minta kami singgah kejap sebab dia pun kelaparan. di kunak ni ada restoran menjual nasi payau. Aku apa lagi suruh lah dia pi beli sekejap. Tapi punya lah hampah. Sebab servise nya agak lambat. And sekali lagi aku batalkan niat untuk makan dan kami bla begitu jak. Kejamnya dunia..hehe 3jam perjalanan dari lahad datu ke tawau.. punya lah siksa. Perut aku asik mengeras.. aku pulak tidak pasti. Sebab apa.. yang aku tahu sebab lapar. Bila semuanya selesai adik Ku pun dah sampai dengan selamatnya. Dia pon ajak pi makan2x. Aku plak order roti canai kosong dan susu kacang. Makan sikit jak pun. Sebab perut rasa sakit jak.lepas makan secubit roti kosong mata aku plak mencari tandas.. dalam tandas tu aku punyalah berusaha mahu membuang. dalam 15 minit macam gitu terdengar plak suara en suami memanggil dari luar. Aku apa lagi cepat2x keluar. Aku dengan muka menahan kesakitan tu. Sempat bagitahu suami yang perut aku sakit. Dan minta kami cepat bertolak untuk balik ke lahad datu. Hehe menyesal bila ingat balik.

Dalam perjalanan tu, perut aku asik sakit selang seli. Tapi aku ndak lah fikir mahu bersalin kan. Sebab due aku lambat lagi. 26.02.2015.. so sangat lah termustahil kalau aku mahu bersalin pada ketika itu. Namun sangkaan ku kian pudar. Apabila perasaan aku memainkan peranan yang aku akan bersalin.. ahhh sudah lupakan semua itu. Jerit hati kecil ku. Miahahaha.. aku sedapkan hati ku yang aku sakit perut ni sebab gastrik.. ada ka patut!!!

Akhirnya perjalanan pulang kami selamat. Syukur alhamdulillah.. sekurang-kurangnya aku tidak lah bersalin dikereta seperti drama yang selalu dimainkan di tv. Miahahaha.. en suami pun singgah lah kejap mau isi minyak katanya.. aku pun mengambil kesempatan untuk ke tandas. Semenjak hamil aku lah pengunjung tetap tandas2x di stesen isi minyak ni. Pantang suami isi minyak. Mesti aku akan ikut turun untuk mencari tandas. Ok2x back to story pasal tandas tadi. Time aku poo tu. Aku rasa ada smthing dekat seluar aku. Aku pun tengok lah. Alamak!!! Darah lah.. aku apa lagi terus bagitahu adik aku yang ketika itu berkongsi tandas bersama ku. Miahahaha.. dia pun ehhh!! Ko mahu bersalin sudah kali ni" kata nya.. aku terus pi kereta bagitahu suami aku. Yang ada darah dekat tu. Suami aku apa lagi terus panik.. pecut ke hospital.

Jam menunjukkan 5:35 ptg
Bila sampai hospital.aku pulak menyesal. Apasal aku bagitahu diaorang ya!! Aku bukan sedia lagi ni. Aku takut lah..ehh first time rasa menyesal yang teramat sangat. Adik aku terus bawa aku pi bilik bersalin. Ehhh memandai2x betul lah. Jumpa nurse.. nurse interview sikit. Suruh tukar baju. Uniform khas pink.. hehe,

" ok mama baring, nurse agak berusia dalam lingkungan 40an gitu la. Memberi arahan..ok dia sangat baik.

Sesi cek bukaan CM. Ini memang aku pasrah saja lah.  Mata pun berair sikit.

" mama bukaan baru 1cm.. nurse terus pasang alat2x kat perut.. check cntction klu tidak ku silap. Nurse tu siap cakap.. mama boleh balik dulu.

Aku yesss.. syukur, nasib baik boleh balik.. sekurangnya aku boleh lah makan dulu. Sudahlah satu hari perut kosong..tunggu punya tunggu jam pun sudah masuk jam 6:10 minit.. mana nurse ni, perut aku pulak kerap sakit. Selang beberapa minit gitu datang pulak nurse tadi tu.

cek mesin yang di pasang dekat perut aku tadi. " ehh mama sakit ka perut mu?? Sebab dalam report ni sakit betul ni mama. Kejap ya saya panggil doktor.

Adehh aku plak dengan selamba " ndak jugak sakit nurse. Ok saja ni. Maka sakit nya sudah tu hanya ALLAH yang maha mngetahui.

Bila doktor tu tengok screen tu.. dia cakap. Ehh mama sakit betul ni kan perut mu?? Dari mana ko tadi mama?? Sebab kita mahu scan ni takut placenta mu berpisah sudah dari baby ni.

" ahh aku punya lah takut dalam kesakitan tu. Doktor saya dari tawau tadi.

Doktor. " dari tawau? Berani nya ko mama.. ada jalan rosak ka?? Tidak juga ko terhentak tadi??

Aku " ndak juga doktor sebab saya bawa bantal kusyen tadi. Hahaha

Doktor" ok mama.. ok juga ni scan mu, baby pun ok. Kalau macam ni ko stay sini la malam ni mama.. sebab sakit betul ni perut mu. Sebab kalau cntction makin kerap. Cepat bukaan cm ni mama. Ada ka ko minum air selusuh mama??

Aku" tiada nurse.. haha ini jak jawapan ku yang mampu aku bagi. Sebab aku ndak tahan sudah.

Doktor" kalau orang semenjung ni mama bergolek2x sudah ni kalau sakit begini.

Aku" dalam hatiku, ko ndak tahu ka doktor yang aku ni macam mau hilang nyawa sudah. Menahan sakit ni. Tapi malu mahu mengaku. Takut di cakap bukan2x pula nanti.

Malam tu aku masuk wad, kakak sebelah aku ni sudah 2 hari menunggu untuk bersalin, sempat lagi kami bercerita..dia jak yang banyak cerita, aku plak angguk geleng..

Suami aku pulak, sempat belikan aku bubur + milo. Kesian dia.. aku pula makan sikit jak time tu. Nurse siap pesan jam 8:30 aku kena cek bukaan lagi. Benci betul aku, asik cek saja lah.. sudah lah sakit.

8:45 mlm gitu aku pi bilik cek bukaan.. nurse tu agak muda sikit. Dia pi buka  jalan punya lah sakit. aku siap menangis2x tidak berlagu. Haha, bukaan time tu sudah 3 cm..aku punya lah ndak larat jalan. Jalan sikit berhenti, jalan berhenti. Dan cek lagi untuk jam 11 mlm..habis tuala baby aku gigit.. punya sakit tu. Hanya orang yang pernah melalui yang tahu rasa nya macam mana.

12:30 tengahmalam.. ini yang macam kemuncaknya sakit ku, semua doa ku baca.. baru teringat dekat mak, rupanya masa melahirkan aku begini lah yang mak ku rasa, baru aku sedap2x jak melawan derhaka betul. Terus menghargai mak. Syurga di bawa kaki ibu. Ingat tu bakal mak2x.

Cek bukaan sudah 4 cm, setiap nurse cek cm punya lah aku pasrah. Sakit tolak tepi dulu. Chewahh.. kunun aku sestaring itu. Perasaan. Patut nya pada ketika itu aku sudah di usung kebilik bersalin. Perasaan aku ketika itu bercampur baur antara gembira + sakit yang teramat sangat. Namun nurse tersebut menyuruh aku rilex dulu, katanya nanti lah baru 4 cm. Masih tebal lagi. Lagipun bilik bersalin tu sejuk!!

Tinggal lah aku di wad tergolek2x kanan kiri, macam mahu pushh saja.. pushhh no2x jangan jadi pandai ya. Ikut peraturan yang ditetapkan. Sila bawa mengucap!!

12:05 am, ini sakit yang membuat aku teriak kan si nurse yang bertugas. Nurse tu siap tanya lagi kenapa mama ndak boleh tahan sudah??

Aku " nurse tidak boleh sudah. Macam mahu push sudah ni.

Nurse" ok mama bawa lah pakaian baby mu. Jalan ya pi bilik bersalin.

Aku" sudah lah sakit begini adakah patut di suruh jalan. Bukan kena tolak ka. Pakai katil ka. Kerusi roda ka. Ini nurse betul2x lah mencabar kesabaran betul!!

Masuk jak bilik bersalin, aku terus di pantau dan sekali lagi cek bukaan.. wahh 5 cm sudah. Aku di suruh masukan sejenis ubat air botol nya kecik saja di bontot.. hahaha, sudah lah isi perut tiada. Habis lah tenaga kalau macam ni.

Bila dorang tengah pantau tu, nurse suruh aku rilex.. aku tengok dorang asik bercerita di ruangan rception. Aku pula setengah mati sudah menahan sakit.

Kali ni betul aku push.. tidak sudah ku tahan.. biarlah bukaan tu belum cukup 10 cm. Tidak boleh ku tunggu. Dalam aku push2x sendiri tu. Aku panggil nurse yang bertugas.

" nurse saya rasa mahu push sudah ni

" nurse ok mama, ko betul2x mahu mengejan ni jaga ko ya. Kalau ko tidak mengejan.

" teruk  betul bahasa nurse yang sorang ni. Macam ko tidak pernah melahirkan!! Sakit hati betul bila ingat.

Untuk pengetahuan kawan2x ku, masa aku bersalin tu, ada dua nurse.muda2x lagi tapi bahasa dorang macam minta penendang.. nasib baik lah sakit time tu kalau tidak memang ku tendang muka dorang tu satu2x..siap tanya lagi kalau aku mahu mengandung lagi. Bodoh punya soalan.. sori ya kawan2x teremosi sikit.

Setiap kali dorang menyindir aku balas balik!! Aku teran dalam 15 kali jugak baru baby keluar, sakit juga hati nurse yang mulut longkang tahap gaban tu, tapi tidak semua nurse macam tu, ada juga yang baik. Cuma sudah nasib lah jumpa nurse yang mulut macam puaka.

Akhirnya 1:57 am aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kg.. walaupun nurse2x tu melukakan hati, aku tetap juga ucap terima kasih. Tapi terima kasih ku tidak di layan. Hehe, biarlah.. budi bahasa budaya kita.

Kini sesi jahit menjahit ni, memang aku trauma + fobia, rupanya sesi ni paling seriau dari melahirkan.. mak oittt, teringat time aku mengejan nurse amik gunting terus gunting di situ. Tapi tidak pulak ku rasa sakit walau sedikit. Aku dijahit ambil masa 1 jam juga.. ini aku ndak tahan berapa kali aku mnutup peha. Hahaha, tekanan itu nurse sama aku. Ehh macam lah aku kesah!! Cuba korang bayangkan. Aku di jahit tanpa bius.. benang tu dorang tarik aku boleh rasa. Pokok nya ini yang memang bikin orang fobia. Hehe

Bila semua selesai  nurse bagi baby dekat aku, aku punya happy.. siap cium dia..kecik nya baby aku, teringat masa dia keluar.. dia tidak menangis. Panik nurse2x kawan aku bergaduh malam tu. Namun cuma beberapa saat.. baby terus nangis!! Wahh nyaring nya suara mu syg.. mami love u.

Apa pun walaupun nurse2x ni jahat mulut sesetengah lah..dorang ni baik juga. Mungkin faktor tekanan kerja kot buat dorang kuat marah macam tu. Hehe sori nurse kena maki kejap. Sapa suruh jahat mulut.

Akhir sekali aku tulis cerita ni untuk kongsian bakal2x ibu yang akan melahirkan..dan untuk tatapan masa yang akan datang.. aku tidak mahu setiap kenangan manis aku melahirkan putri aku berlalu begitu saja. Biarlah aku abadikan kisah itu di blog. Sayang korang. Ada masa nanti aku akan update time aku berpantang pulak. Haha.. makin merapu2x i.sori lah pengalaman aku sikit jak mahu menaip detail panjang pulak.. bacalah yang ini saja ya.

Bye publish belanja korang gambar anak aku sikit. Bagi korang semangat bergelar ibu.




                                                                 zuyyin insyiqa 2 day


zuyyin insyiqa 1 month


      zuyyin insyiqa 2 month



mommy & zuyyin

Baca Lagi

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah