Friday, August 7, 2015

ZUYYIN INSYIQA TRAVEL AT KK

Assalamualaikum..


Hi, hi2x diri ku sendiri.. aku sebenarnya suka sangat menulis kisah kehidupanku yang agak sederhana ni, bukannya apa, bila aku sepi2x sendiri my husband and my baby dah membuta (tidur), tinggallah aku sensorang melayan perasaan, bila aku dah sendiri.. apa lagi aku terus on hp, bukak google taip blog aku. lucu jugak kadang-kadang bila aku baca balik blog aku, jumpa lah KESALAHAN-KESALAHAN MENAIP. tu la dulu di suruh sekolah belajar mengarang, aku pulak pi tulis balik soalan yang cikgu bagi (kebonggokan apa ka itu???) melampau betul tahap kebabalan aku time tu, baru tu pandai pulak aku mengamuk tahap gaban bila menyemak kerja sekolah adik aku.. padahal dorang lagi bagus dari aku. kakakaka.. (bebal tu jangan tunjuk sangat depan bebudak k)

ok back to story , macam ni.. 3 minggu sebelum raya, my supervisor ada call my head office, tanya bab gaji. opkos la kitaorang semua mahu gaji awal sebelum raya kan? apa lagi tahun ni, adalah tahun yang sangat Istimewa buat kami suami isteri.. sebab kitaorang akan beraya bertiga tahun ni. selama ni 3x raya asik berdua saja. namun tahun ni ALLAH beri kami hadiah yang sangat besar, syukur alhamdulillah..

Namun.. pihak atasan pulak memberikan alasan yang memang sepatutnya, kitaorang apa lagi hilang semangat sekejap (hehe) haruslah kita menerimanya sebagai pengajaran, makanya.. bila jumpa event-event penting macam ni, simpan lah sedikit duit, ini tidak.. habis gaji, habis sekali.. haha, nasib baik duit siling banyak lagi.. itu pun simpan di tempat yang paling selamat, dan sekali gus dilupa sudah..sekalinya membongkar terjumpalah lah duit siling yang lama sudah selamat tu.. kali ni memang tidak selamat lah ko wahai duit siling.. kakakakaka.. kojam ka haku????????

Ok gini cerita nya, sebelum raya tu.. en suami, ada urusan pulak dekat kota kinabalu.. aku jangan cakap lah, bukan saja tumpang gembira, malahan tumpang sekaki.. kaakakak (tersedak sekejap) and aku pun sama, dapat rezeki pulak.. alhamdulilah kan, so kita pun plan lah perjalanan yang mengambil masa 8 jam perjalanan tu, itu kalau terus direct kalau menyinggah lagi?? mahu 11 jam lah perjalanan.. itu kalau berselfie 1 tempat 1 kali?? kalau selfie 1 tempat mau snap gambar 20 kali?? mahu tidak 20 jam baru sampai tempat yang di tuju..kakakaka (kampungan tahap gaban)

2015 hari jumaat kira-kira jam 2 pagi tu, aku bangun kunun niat dihati.. mandi sajalah, lepas tu kemas bebarang terus berambus macam gitu jak.. tapi tau kekadang tu berubah pulak.. hoke fine awal lagi tu, mekap dulu lah (ini suara hati k) aku apa lagi terus mekap-mekap pusing sana pusing sini duduk, tengok tv.. sambung baring. padahal perancangan memang bukan begini k.. kunun biarlah pemergian kami ni tidak disedari oleh sesiapa dan c,my baby.. ohh my baby.. sebak sekejap, bayangkan seminggu lagi mo raya tu.. kita laki bini buat perjalanan yang jauh ke kota kinabalu.. wahhhhhhh, akhirnya nya ok sayang ibu dan ayah pi kk dulu ya. jan jeles tau!! nanti baby sudah besar kita bercuti yang betul2x ala2x percutian anak beranak gitu. dont miss kat ibu tauuuu.. ingat tu jaga diri bebaik.. (kunun aku bagi semangat gitu) hahahaha.. ini aku tambah2x jak lah.. anak aku baru 4 month again.. mana tau filing2x yang sebegini ni.. dia lena jak tidur (yang penting mimpi indah)

Tapi alangkah terkejut nya my en suami, bila c,bb bukak mata nya bulat2x pastu buat muka sad, (motif apa budak ni??) adehhh.. my suami pulak macam tidak boleh berpisah dengan dia punya kesayangan tu, kalau aku buat mukak gitu.. confirm dia cakap gini '' ehh jeleknya mukak mu yang ndak sesuai ya, ermmm teruk betul.. dan suami terus buat planing baru. '' yang bawaklah c,tuin tu, kesian dia.. ni nahh mo menangis sudah dia tu..bawak lah mamak sekali. aku apa lagi terus kemas barang my bb, bb plak dengan comot2x gitu tersenyum. elehhhh overkan budak sekarang. hahaha..

mum aku apa lagi terus setuju, hahaha tanpa banyak soal terus naik kereta duk diam2x.. kakakakaka, takut lah tu.. nanti my adik bongsu terbangun dari tidurnya. adalah tercancel plak dia untuk join kitaorang mo makan angin kundasang.. miahahahaha

Ok bermula sebuah perjalanan.. dalam jam 5 pagi gitu kami berangkat, aku,bb,en suami, my mum, my sister, my brother. ni dua orang apsal pulak ikut.. haha.. panjang cerita nya. sebelum bertolak tu en suami singgah dekat kedai 24 jam semata mau beli gula2x kopiko.. memang macam ni jak lah setiap kali mahu buat perjalanan jauh.. my mum pulak ikut turun mahu beli cola sebotol dan makanan ringan2x gitu.. untuk santapan minda kali. my bb sambung tidur balik as tu en suami singgah jugak isi minyak macam biasa (full tank) perjalanan jauh.. hutan, bukit kiri kanan.. susah nanti tuk cari stasen minyak kan. (memandai buat tiori) hehe

Bila sampai ranau pulak teringin betul mo makan durian, aku dengan tanpa segan silu nya membeli. yang lain-lain ndak kunun mau turun.. malu, ;-

aku - macik mo beli durian ni.
macik durian - iya mau durian apa?? banyak jenis ni
aku - aik baru plak ku tau, durian ni berjenis.. aku bukannya apa.. tau makan jak. kakaka
macik - ini durian susu, sedap ni paling popular jugak
aku - hamboi durian pun mo jadi artis ka?? hahah (dalam hati k) macik bagi durian susu lah 1 kilo
macik - timbang, ok..mo kupas ka??
aku - iya macik kupas lah letak dalam tapau jugak, berapa rm macik??
macik - rm 70
aku - 70!!!! mo pengsan sekajap, aku terus buat-buat pi kereta. sebelum tu. '' macik jan timbang la, saya tanya my suami saya dulu.. sebab bukan saya yang mau ni.. suami saya (hahaha ambik ko)
macik - ok

mahal gilak k durian nya, sudah lah kecik.. adehhh, mukak durian tu memang mukak durian k.. warna  pun durian, apsal mahal gilak ehhh.. namun aku dengan reda nya membeli jugak, iya lah kesian macik tu. hahaha, tapi aku bukan lah membeli durian yang mahal tu, aku suruh macik tu pi timbang durian yang paling murah.. kakaka, rupanya ada jugak rm 22.00 dapat 5 biji.. sedap jugak. akhir sekali macik tu cakap begini. tidak puasa ka dik?? terus aku cakap ahh tulah macik.. jauh perjalanan.. tidak menahan.. hehe, dari lahad datu.. macik tu terus cakap '' musafir lah ni. ndak apa ba dik.. alhamdulilah.. aku plak bukan nya terus jalan.. sempat kali aku interview dorang pasal gempa bumi tu.. dasyat jugak aku dengar cerita macik tu.. iyalah bilang orang di tanggal di laut or bukit.. tiada yang boleh terlepas dari musibah kan? mudah-mudahan kita dilindungi oleh ALLAH s.w.t amin ya rabbal alamin.. lepas tu macik tu cakap lagi. nie sebentar tadik baru jak ada gegaran sikit. wah aku apa lagi terus minta izin untuk teruskan perjalanan..

Sampai bandar kota kinabalu dalam jam 2 petang gitu, terus selesaikan apa yang patut..dan cari hotel, kesian c,bb.. nangis-nangis dah.. penat kali balik-balik baring jak di sepanjang perjalanan, pusing sana pusing sini, jumpa lah hotel agak selesa lah, harga memang boleh tahan.. tapi puas hati bcoz dia dekat cp jak, so mo kesana kemari ndak payah bawa kereta.. bikin panas hati jak. bandar raya, time mo raya lagi.. sesaknya bikin sesak nafas dibuatnya.. k sampai sini jak celotehnya ya.. panduan jugak ni, tips nya .. jangan sesukak hati mo suruh orang meninbang durian tanpa mengetahui harga sekilo berapa k.. (hahahaha ketawakkan diri sendiri)

bukan main tonnah ni, over pulak.. ahakkkk

                ni tuin punya mamak (nenek) ndak mau jugak ketinggalan mensnap 1 pic.. hehe

 Tengok tonnah tu, time ramai orang pun mau jgk trip kuit.. iskkk yampahhhhh!!



Hahaha, ibu ni.. ayah dalam kereta panas hati tau..kata gerak jam 10, skrg ni jam 12 suda!!!! janji palsu

pacik i ni, hahahaha

wahhh, tengok tuin tu.. kemainnn lagik

ibuk, mamak, cik tonnah piling2x at 1 borneo

ahakk, anak beranak.. celfiee yongggg
























































Baca Lagi

Monday, August 3, 2015

MAKSUD NAMA ZUYYIN INSYIQA

Assalamualaikum..


                                               
ZUYYIN INSYIQA BINTI JUMAIDIN

Nabi saw menggalakkan kepada umatnya agar memberi nama yang terbaik. Baginda bersabda:

'' Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan nama mu dan nama bapa kamu.elokkanlah nama-nama kamu'


Entry kali ni, aku mau berkongsi petua memilih nama anak, almaklum lah, kita kan new mama.. hahaha, dan pemilihan nama anak adalah aku sangat titik beratkan, first aku memilih nama, aku pilihkan nama untuk nama anak adik aku, hahaha.. sebab dia suri rumah sepenuh masa, dia memang takda idea lah mau pilih nama apa, lagi-lagi my father dah berangan-berangan mahu bagi nama anak dia, kan cucu first. namun nama yang my father mahu bagi tu maksud sudah cantik, tapi bilang my sister agak klasik lah pulak. kakakaka.. lucu sangat. akhirnya setelah bingung berapa hari dapat lah nama yang dia orang dah persetujui. kekeke, namun my father pulak tidak bersetuju bcoz nama tu agak panjang dan 2 patah perkataan.. my father memang pantang nama panjang-panjang ni. kata nya macam ni. '' nama panjang-panjang ni, ndak bagus. nanti budak tu rezeki pun putus-putus. adakah patut??? hehe.. ok kita tinggalkan kesah tersebut.

ok, bila aku tahu yang aku pregnat, aku dah mula google sana-sini nama-nama dalam islam, semua nama yang aku suka tu, memang indah belaka.. tapi nama tu banyak sangat orang dah guna. ermm.. bila dah jumpa yang jarang orang pakai my en suami pulak tidak berkenan.. yang lucunya aku asik cari nama baby perempuan.. hahaha, padahal kitaorang ndak tahu lagi jantina baby ni. sebab baru 1 bulan hamil. adakah patut..

namun hari demi hari bulan demi bulan, list nama baby pun dah ada, tapi belum pasti lagi mana yang berkenan di hati, penat lah pulak asik bertukar nama aja bila mengoogle. namun bila kita sepakat nak scan jantina baby, dan kiranya doktor sudah pun comfirm kan, yang kami akan mendapat baby girl. my eh suami, sangatlah happy.. terus balik rumah en suami mengoogle nama baby, kunun ini mahu di kasih comfirm sudah. hahaha, aku pun apa lagi terus ikut mengoogle. semangat waja gitu.

Bila asik mencari nama tu, terpandang pulak maksud nama gini - DIJADIKAN INDAH, cantik jugak maksud nama ni, spell dia pulak ZUYYIN - DIJADIKAN INDAH, terus en suami gam nama ni kat tepon dia, dia suka sangat nama ni, aku pun apa lagi, double2x lah suka. bcoz nama i pun bermula dari huruf (Z)

aku pulak sibuk google, nama padanan zuyyin ni, tapi tak dapat.. mula tu putus asa jugak.. sebab dari pagi hingga petang ini saja ku di pejabat, macam tidak berkat pulak kerja ari tu ---> dapat hidayah

bayangkan lebih 3 bulan asik cari nama saja, sebab nama padanan susah betul mau masuk kekadang, rasa macam mau ciplak jak nama anak orang. (adakah patut)

akhirnya dapat padanan nama ni ;-

1.Nada Zuyyin - Embun Di pagi Hari, Di jadikan indah (En Suami Tidak Berkenan)

2.Qisya Zuyyin - Hidup dalam keadaan baik. varian dari dari aisya . dijadikan indah (Rupanya kawan en suami, nama anak dia Qisya)

3.Aina Zuyyin - Mempunyai mata yang cantik (En Suami Tidak Berkenan)

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menamakan anak aku NUR ZUYYIN saja, bcoz Nur maksudnya Cahaya, Zuyyin pulak dijadikan indah. simple but smart. hahaha.. en suami pun bersetuju.. ok, save nur zuyyin.

tapi macam mana pulak, nama bertukar ke zuyyin insyiqa??? ermmm panjang cerita nya.. macam ni, bila dah akhir2x bulan ni.. perasaan ibu hamil ni, lain macam tau. ndak tau lah macam mana mahu ku gambarkan, aku rasa. aku jadi penakut.. aku asik fikir macam mana bila aku melahirkan tu, sebab banyak orang cakap, bersalin ni.. antara hidup dan mati jak. yesss its true, kadang tu aku mimpi yang tidak2x sebab asik memikir jak yang tidak2x.. adehhh.

sampailah satu hari tu, aku sibuk mengoogle cara meneran lah, cara bersalin lah.. semua ni aku ambil dari blog2x ibu bersalin normal. kunun.. akhirnya aku rasa myb aku boleh ikut.. myb tidak, sebab bila sakit tu kita ingat ka semua tu?? owhhh tidak boleh jadi ni. bagus aku google.. doa2x bersalin mudah.. insyaALLAH.

Google punya google, banyak sudah doa ku save di mindaku, tapi pada satu hari tu.. myb 2 minggu sebelum aku melahirkan c,zuyyin tu.. aku mengoogle lagi doa memudahkan bersalin jugak. terjumpa pulak aku 1 blog ni, dia senarai semua doa2x untuk bakal ibu bersalin.. aku apa lagi sedia pen kertas. terus menulis..


tapi terpandang pulak satu doa ni.. doa ni untuk ibu bakal melahirkan jugak ; -

Surah al-Insyiqaaq (سورة الإنشقاق) adalah surah yang ke-84 dalam AL-QURAN. surah ni terdiri atas 25 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah serta diturunkan setelah surah al-infitar

Surah al-insyiqaaq (terbelah)
peristiwa-peristiwa tentang hari kiamat, aku pulak pernah mimpi kiamat, bukan sekali tetapi lebih dari sekali, ALLAHHUALAM.. mungkin ini peringatan ALLAH kepada hambanya..

dan akhirnya, setelah aku terbaca doa ni, aku pun mengambil keputusan untuk menamakan anak aku dengan nama sempena nama surah ni. INSYIQAAQ..tapi husban cakap INSYIQA sebab sebutan nya hampir sama..

ini la nama cinta hati ku, syurga ku.. insyaALLAH

ZUYYIN INSYIQA~~ dijadikan indah, surah insyiqaaq ayat 84.

publish..

Dengan ini kawan-kawan moga-moga perkongsian aku ni dapat dikongsi bersama ibu-ibu yang tercari-cari nama yang sesuai, sudah semestinya kita inginkan nama anak yang bakal dilahirkan ini penuh maksud yang baik2x insyaALLAH.










Baca Lagi

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah