Tuesday, December 2, 2014

BUDAK INI

Assalamualaikum


Anne before green gables @ anne of green gables, hahahaha. aku mula layan cerita kartun ni masa kandungan aku masuk 2 bulan, masa tu tengah cuti kan, hari ahad plak tu. kartun ni ditayangkan di astro ceria, aku layan astro ceria??? ohh noo.. miahahahaha, 11.30 pagi kalau tidak ku silap. first time aku tengok kartun ni aku terus jatuh cinta, wahhh best. sampai kan info banyak kali bila ulang tayang cerita ni. padahal adik-adik aku yang tua bangkak tu layan kartun, tapi bukan cerita ni, diaorang layan kartun dragon ball. ohh tidak pernah ku minat cerita tersebut, serabut kepala otak ni.

kisah budak ni, betul-betul melekat dihati, walaupun aku bukan anak yatin piatu, tapi cerita ni buat aku menghargai kedua orang tua aku, dan aku ada seorang ipar, suami adik aku, dia dibesarkan oleh nenek dia, mak bapa dia meninggal masa umur dia 8 tahun, bayang kan? seusia itu?? dia masih kecil lagi, bila raya aku sedih tengok dia, sampaikan aku yang garang dengan adik aku ni pun, kalau dengan budak tu aku boleh bercakap lembut-lembut. semoga dia tabah, in sha ALLAH.

kata kawan aku, jangan layan sangat cerita kartun ni, nanti anak yang kita kandung sama dengan budak dalam kartun ni, apa pulak kan??? ALLAH kan sudah berfirman : -



ok, aku mahu cerita sikit berkenaan kisah budak bernama ann

yang huruf dibelakangnya ada e. hahaha. ok kisah nya macam ni, budak anne ni di pelihara oleh keluarga angkat dia. sebab mak bapa dia dah meninggal dunia masa dia baby lagi, sebab sakit. di rumah angkat dia tu pulak. dia mana boleh rilex-rilex semua kerja rumah dia yang buat. (sedih aku) kadang tu aku sakit hati dengan keluarga angkat dia. anak-anak dia kan banyak baru tu kecil-kecil lagi, semua tu di anne yang jaga. baik betul budak ni.




bila umur dia 11 tahun keluarga angkat dia hantar dia pi rumah anak yatim. wahh bermula lah episode kebahagiaan si anne ni. sebab keluarga angkat dia yang baru ni sepasang adik beradik yang tidak berkeluarga.
tapi sebenarnya keluarga adik beradik ni ingat si anne ni lelaki, sebab dorang mahukan budak lelaki untuk menolong diaorang dua adik beradik di ladang.  sekalinya diaorang tengok perempuan pula, yang abang tu mula dah suka sama si anne ni sebab budak ni kuat berhayal,merapu, becok la. hahaha. tapi yang masalah nya adik perempuan nya pula, uit seram muka nya ganas. dia berkeras ndak mau sama si anne ni. aku plak terikut-ikut sedih menengok. sampai si anne cerita lah kisah kehidupannya dari kecil sampai dia sampai di green gables ni. wahh syadu nya. semenjak aku mengikuti kisah budak anne ni. aku tidak melayan drama-drama lain ya. cerita ini jak yang aku ikuti sampai kan aku sanggup tidur jam 10.30 malam. miahahahahaha. suami aku pun bising-bising sudah. bilang en somi.
 " kenapa sayang layan sangat cerita tu, bukan best pun kartun ba tu. (sedih nya aku) 
adik ku plak, kau ni sudah kenapa layan cerita kartun. ko tengok tu rambut nya merah. hahaha, nanti rambut anak mu begitu. aikkk kiranya orang semua di rumah tu memboikot cerita ni. 

namun.. hahahaha, kemachoan suami ku di duga, apabila dia mula melayan cerita anne of green gables ni. ahhh baru dia tahu, jalan cerita nya tidak lah seperti jalan cerita kartun kebanyakan nya. yang merapu-rapu.

ada moral lah cerita ni, tentang nasib anak yatin piatu yang sabar menempuh kehidupan yang penuh liku-liku, tentang persahabatan, tentang erti kejujuran. i like




Anne bersama sahabat karib diana, siap bersumpah sehidup semati. hahaha


 ini kak heliza nama nya, punya lah si anne sayang dengan dia ni, sebab  si heliza ni baik anak keluarga angkat nya tapi kawin awal (hamboi) hehe




masa si anne tinggal dengan keluarga angkat nya tu. begitu la nasib nya. 


ini rumah keluarga angkat si anne yang baru, gembira betul dia. sebab dia paling kena sayang di rumah ni. walaupun pertama kali nya dia di tolak. hahaha





yang paling penting penulis kepada novel anne of green gables ni tinggal di kampung ANNE OF GREEN GABLES, dan dengar cerita. kisah ni memang betul. tapi lama sudah lah. wahhh, wujud rupanya nya green gables ni, best nya. cantik betul tempat ni. ala-ala kampung orang putih time dulu-dulu pakai lilin segala. best






yang penting baby di dalam ni minat betul kali, sampaikan aku pun terikut-ikut. k la sampai sini jak lah cerita nya petang ni ya.

publish. byeee

17 comments:

  1. sudah lama tak mentengok kartun.. dari zaman studi uni.. tapi bila dah ada anak ni baru ada masa nk join sekaki tengok sekali.. hahaha...pengaruh betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yoorin~~ best nya mummy, ada ank2x temankan layan kartun. salam perkenalan, sori bahasa berterabur sikit, bahasa sabah. hahaha

      Delete
  2. Dah lama xlayan kartun.. salam perkenalan dari mamamyja. Kalau der kelapangan masa boleh la join segmen zaman persekolahan. Jenguk blog ya. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama myja~~ salam perkenalan juga.. ya nanti saya akan singgah blog mama ya.

      Delete
  3. ooo baru first time dengar. nanti cik iman tengok ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik iman~~ hahaha, nanti jatuh cinta plak dekat cerita ni.. hahaha, salam perkenalan dari sabah. ;)

      Delete
  4. sy pun sk tgk kartun ni, tp sokmo terlpas sbb ank xlyan sgt cartun ni...huhu
    suke tgk gbr kartun ni sbnrnye...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. siti asiah~~ cantik nya nama, best kan siti.. tngok kartun ni sampai berfiling2x sendiri. salam perkanalan dari sabah.

      Delete
  5. Salam Papaglamz jenjalan di sini.. Jom follow Papaglamz pulak.

    www.papaglamz.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan dari sabah, ok save saya dah follow. terima kasih sudi singgah blog saya.

      Delete
  6. Salam perkenalan mummy2x, best Kan crita nie, seronok jer dngr budak anne nie berceloteh.. k esok saya akan follow blog mummy2x.. mlm nie online pkai fon jer.

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan.
    baby girl ke kt dlm perut tu?
    www.ummisfavorites.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. rosmawati~~ salam perkenalan ummi, dan scan 29/11/2014 tapi baby tknk tunjuk dia punya lah. hehe

      Delete
  8. salam kenal idah.. ^_^
    hehe pembawakan budak lain-macam pelik kan? hihi Annur dulu layan anime One Piece.. minat sangat kat watak Luffy yg tegar dan yakin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. annur~~ hahaha, iya sangat pelik.. saya suka tengok kartun ni, sampai gelak sendiri2x takut en hubby. anime one piece, ok done saya nak tengok jgk la. hahaha, salam perkenalan dari sabah.

      Delete
  9. hi Idah.. rasa gembira bila awk pun layan juga cerita katun2 ni..(^_^) saya pun suka layan katun, semua jenis saya layan.. nanti mau try layan jugalah anne of green gables.. sudi followlah blog saya mellcomell.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mell~~ hahaha, kamu pun layan?? best kita geng!! saya suka layan cerita disney.. ala2x tuan puteri gitu. malu nya. ok done saya dah follow mell. salam perkenalan ya.

      Delete

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah