Saturday, April 19, 2014

BERLAPANG DADA TIDAK MARAH (MOODY @ BADMOOD)

Assalamualaikum, happy story moory.


ini yang mahu di jadikan pedoman @ pengajaran kepada diri kita sendiri.. bermula lah suatu cerita.

oke, aku sebagai seorang manusia biasa, yang ndak lari dari kesilapan mungkin anda di luar sana pun sama, akan tetapi, kita sebagai seorang wanita, isteri, ibu, kakak atau pangilan mana2x lah, kenapa kita tidak peka atas diri kita sendiri?? maksud aku peka dari segi perasaan.. kenapa kita mesti membiarkan kemarahan menguasi diri? atau  apa2x saja lah yang berkaitan..cuba kita fikir sejenak?? siapa kita di mata ALLAH? siapa kita di mata kawan2x siapa kita di mata orang yang kita baru kenali?? kita hanya lah manusia biasa.. kenapa kita hendak menunjukkan kelemahan diri kita sendiri??

noo, aku tidak mahu mengomen banyak..

kenapa kita mesti badmood/ sedangkan kita tidak badmood di depan orang yang sepatut nya kita badmood kan?? kenapa mesti masalah keluarga, rumahtangga, atau sebagai nya kita bawa ke tempat di mana kita mencari rezeki? kenapa mesti orang di sekeliling kita mesti kita perlihatkan kebodohan atau kejahilan diri kita sendiri?? nampak di situ kelemahan dan kebodohan diri sedang dipertontonkan kepada orang lain.. sila bertanya kepada orang lain?? mahu kah mereka melihat anda yang sedang badmood marah2x buat muka macam orang yang tidak pernah beriman, ahhh rasanya tiada seorang pun yang berkenan ya..

kalau kita ikutkan, kita mahu semua orang tahu kita baik, tapi ingat lah dari segi percakapan @ penulisan orang memang sudah tahu tahap IQ kita sampai mana.. kita post berkenaan agama di wall facebook, blog,tweet dan sebagainya, orang yang tidak mengenali kita, myb akan like,suka..meraka tidak tahu siapa diri kita yang sebenar, andai mereka tahu..mahu kah meraka bersahabat dengan kita?? kita tidak menjaga aib suami kita, isteri kita, keluarga kita..habis kita cerita kan semua.. tetapi tidak malu ka kita post benda2x baik kunun nya kita lah suami, isteri yang penyayang..(jangan jadi hipokrik) munafik..

kita hanya insan biasa kawan, mungkin kita seteruk2x manusia yang ada di zaman ini..jangan kerana diri kita sendiri, kita menyalahkan orang lain.. moody bukan jalan yang terbaik, ingat tiada seorang pun di sekeliling kita yang betul2x hendak bersahabat dengan kita, andai diri kita penuh dengan sifat dengki..

semua orang punya masalah..tetapi orang terlalu bijak untuk menyembunyikan masalah yang ada, tapi kita?? kita berlagak macam kita sendiri saja yang punya masalah.. orang sebegini tidak boleh dibawa berkawan..dan bila di tanya aku, aku sendiri pun tidak ingin mempunyai kawa sebegini.. lebih baik aku berkawan dengan orang yang betul2x jahat, daripada berkawan dengan orang yang selalu berperasaan diri nya yang paling suci. padahal hakikatnya penuh dengan hasad dengki.





semoga, kita selalu perbaiki diri..

No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah