Wednesday, November 12, 2014

COMEL TAK BLOG KITA

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga impian aku untuk mencantikkan blog aku ni. Hamboiii
tapi jangan salah faham ya, ini bukanlah hasil kerja aku. ini adalah tempahan daripada blog .azhafizah.com, kita kenal fiza pun, dari kak sherwienah. empunya blog Supercutemummy.. ayoyoyo.. kak sher memang cute, suka baca blog dia. thank kak sher.


Fiza ni baik tau, dia buat blog tak lama sangat. tapi i sampai mimpi-mimpi dah pasal blog ni, kalau ingat balik lucu pun ada. and rata- rata orang yang buat tempahan dengan fiza semua berpuas hati tau. cakap je nak yang macam mana, thema apa. dan bla3x semua dia boleh buat.

untuk blog aku ni, aku memang suka sangat bunga lily putih. campur pink-pink. warna hijau pula adalah warna kegemaran aku, bila semua benda yang aku suka bergabung memang cantik rupanya. hahaha


Back to the story, tadi bangun seawal jam 6:30 pagi, mandi-mandi bersiap-siap untuk ke hospital, bukan alang-alang monyok gila muka aku (hahahaha)
sampai sampai jak di hospital terus pergi bilik vaksin (suka hati aku kan??) pada hal aku sepatut patut nya tanya nurse tu dulu. hehehe

duduk duduk sementara tunggu suami sarapan dalam kereta, aku tengok tengok lah adik adik, kakak kakak, macik macik dan sebagainya. perut diaorang besar hoke. jeles bebenor jiwa ku, aku enam bulan perut kecil je. kalau aku tengok besar pun time aku sendiri sendiri melihat cermin (tak gitu) eeee.. over

termenung seketika, tiba-tiba nama aku di seru. "zulkaidah" punya lah aku terkejut. hehehe menghayal sangat, nurse tu cakap kamu pergi terus ke makmal. bsp kan?? aku apa lagi, betul lah salah tempat ni. hehehe.. terima kasih nurse. nurse pulak sama sama (hamboi mentang mentang lah aku sweet hari ni. (over perasan lah kau idah)

tiba di makmal aku terus ambil no, belum lenguh lagi kaki aku sendiri dalam tiga saat macam itu lah, nama ku di panggil "Zubaidah" aku mula lah confius. mana ada orang berdiri eh. dia panggil sekali lagi " puan zubaidah" aku terus pergi kaunter. "kamu puan zubaidah sila masuk" alamak dia suruh aku masuk, tujuan sebenar aku untuk bertanya. masuk jak lah. miahahaha

cik, nama saya zulkaidah (dengan nada sopan) terus kakak makmal tu cek nama aku, ahhhahh yalah. sorry ya puan zulkaidah. sila duduk dulu. wahhh senyap gila aku dua orang saja ke? ambil bsp ni? apa semua ibu ibu hamil dekat lahad datu ni sihat? alhamdullilah. (aku lah orang terpilih itu) sedap kan jiwa sendiri.


cik makmal ambil bsp bagi satu kertas kecil, jam 11 kamu datang balik. pergi sarapan dulu. kata nya
aku baik lah, tengok kertas tu.
11:00
16:00
20:00
sampai malam juga aku di hospital ni, baik lah. bagus masuk ofis dulu cancel cuti tak adalah aku kena unpaid leave, just ambil gate pass saja.

akhir sekali minta doa kalian ya, semoga kandungan gula darah darah ku tidak lah tinggi.



bye. publish

2 comments:

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah