Thursday, December 4, 2014

LELAKI ATAU PEREMPUAN

Assalamualaikum







ini pic baru jer snap tadik 05.12.2014 , hahaha.. baby bump aku yang tak seberapa nak bump tu pregnant 28 minggu (7 month) sebenarnya malu mo share, tapi kawan-kawan banyak yang mo tengok kata nya. sebab aku dari first pregnant takda nya mood aku mau bersnap-snap pic ni. sebab aku selekeh lah. layan jak lah kan? yang penting aku happy. syukur alhamdulilah ALLAH SWT memberi aku rezeki sekali lagi. mudah-mudahan rezeki ini milik kami. in sha ALLAH.


Hahaha, ini lah entry yang lama sangat aku fikirkan, tapi adik-adik aku yang dekat rumah tu banyak buat teka-teki, jeng..jeng..jeng, ok sabar adik-adik ku, macam ni. aku dah ada anak buah lelaki 3 orang. hamboiiii perempuan tiada lagi. jadi adik-adik beradik aku sangat lah berharap semoga turn aku ni pulak adalah perempuan.

Sebenarnya aku tidaklah kisah sangat anak aku ni lelaki ke ataupun perempuan, yang penting dia sihat walafiat sempurna sifatnya. beraklak mulia itu sudah memadai. in sha ALLAH, tapi suami aku pulak suka sangat baby gegurl. hahaha, tengok siapa yang excited sangat kan?? tapi kadang-kadang dia cakap. "mana-mana je sayang kan?

Hari tu aku ada buat scan masa kandungan aku 27 minggu, tapi baby tidur. doktor dah bagi bangun dia tak mo lah, siap kepit lagi paha dia, ala baby ni pemalu pulak, ikut ayah ke?? hehe.. ok-ok doktor jangan kacau lah anak aku nak tidur, macam mana tidak mengantuk kalau asik berjaga tengah malam hingga ke pagi. kadang tu anak aku aktif time tengah malam. takut je nanti, nurse suruh kira pergerakkan baby dalam perut ni. apa aku nak tulis. sebab anak aku aktif time aku membuta tu. aissssyyy risau lah mommy ni. hahahaha, hari tu aku bangun pukul 5 pagi macam tu, susah bebenar lah aku mahu lelap. adehhh sebab anak aku ni asik kekiri and kekanan. ada satu ketika tu, dia dah slow-slow tendang perut aku. sekalinya ayam kampung yang ku namakan si seribet tu buat hal. dia berkokok plak, terkejut anak aku. hahaha.. lucu pulak anak aku takut ayam berkokok. hahahahaha.. sakan aku ketawa sendiri-sendiri pagi tu. adehhhh seribet2x aku sembileh ko baru ko tau!! huhuhu

ok, aku mau senaraikan sikit pengalaman aku 1st pregnant ni ;-


  • Aku mengandung kali ni, aku hanya merasakan morning sickness di awal usia kandungan aku masuk dua bulan, semua benda yang aku makan tiada ku rasa, bak kata pepatah kurang rasa. sedih bangat aku, aku takut anak aku tidak cukup zat. sebab aku asal makan je muntah. tapi yang best nya hahaha.. anak aku asik mo makan KFC saja. selera mu nak, buat ayah koyak poket. miahahaha. tapi ayah cakap makan jak, apa yang baby mahu. dari dia tak mau. betul-betul.

  • Bila selera aku ok!! hehe.. kandungan aku masuk 4 bulan selera aku dah ok, semua makanan aku bantai, yang penting makanan tu tidak masam <--- i dont like masam-masam. saya suka yang manis-manis, hingga kan saya disahkan menghidap kencing manis. hahaha, tapi syukur lah untuk BSP yang pertama hari tu, tekanan gula dalam darah aku ni. normal. syukur alhamdulilah.


  • Aku tidak suka bau badan suami aku sendiri, (terukkan aku, padahal bau itu lah yang menjadi peneman ku setiap malam. sorry ek en suami, tapi en suami paham. baik betul suami aku ni. i lop u.muahhhh, aku pun tidak mengemari bau minyak wangi. benci betul aku kalau orang memakai minyak wangi. tapi tidak lah lama alahan ku itu, bila suatu hari, aku sibuk menghidu sabun cuci piring yang berjenama ;- 



  •                                                                                   
  • Dan aku juga seorang yang serabut, aku pergi pejabat. baju aku warna lain, tudung aku warna lain. muka aku pulak tidaklah berseri seperti kebiasaannya. hehehe, bab tidur jangan cerita lah. aku dekat opis pun membuta. fedap gila aku kalau bos aku tidak keluar sarapan atau pun makan petang. sampaikan aku tidur pun sembunyi2x. hahaha..letak calendar dekat muka pastu membuta. 15 minit pun jadilah yang penting aku tidur. pernah sekali tu, aku memang tak boleh dah tahan lama-lama, aku cal husban aku kebetulan kami satu tempat kerja, tapi department lain-lain. aku suruh suami aku jaga opis, sebab bos aku keluar makan petang. naik opis je suami aku, aku pi membuta dekat bilik kerja dia. ingatkan mo membuta 20 minit jer. sampai 2 jam aku termembuta. nasib baik bos tak masuk lagi time tu. (kejam kan aku??) 

  • Sepanjang kehamilan aku, aku tidak pernah masak. hehe, sebab aku menapak dekat rumah mak bapa aku, so semua makanan mak aku lah yang sediakan. anak bertuah kan aku?? 

semua yang tertera diatas penuh dengan sikap negative jak kan?? hahaha.. itu lah moment aku sebagai seorang isteri dan bakal ibu. miahahaha.. sori ya kawan-kawan 


Yang dekat bawah ni pulak, adalah hasil carian google aku di blog orang. tapi jangan percaya sangat. ni just suka-suka jer kot. kalau tersama tu anggaplah satu kebetulan. 

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. (tengok perut aku macam bulat)

2) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan
 (semua benda aku hadap yang penting keselesahan itu, hehe)

3) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan
 (rasa macam baby suka sangat sebelah kiri-ada harapan si ayah.hehe)

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. 
(aku pulak serabut, comot, tapi kawan satu kerja aku pon masa mengandung comot gak, tapi anak dia pompuan muskil. hehe)

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan (Garisan perut aku pulak, putus-putus.. hehehe)

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri.. 
(Aku tidak berseri hahaha, hamboiii macam kearah gegurl je ni)

Ok-ok naik sakit sudah jari jemari aku ni, untuk penulisan entry kali ni. ini saja lah ya. kalau ada sapa-sapa mo share pengalaman masa pregnant ni. boleh lah share kat entry ni yer. byeee assalamualaikum

publish.


No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah