Friday, December 26, 2014

ANUGERAH KURNIAAN ILAHI

Assalamualaikum

~Dia lah permata yang di cari selama ini baru ku temui~
Syukur alhamdulillah Baby bumb dah masuk 7.75 bulan.

Diary online bercerita lagi kesian, apa boleh buat kan ini jak lah kerjaan ku.. 23.12.2014 aku ada temujanji dengan pakar (FMS) Family medical specialists, mesti kamu heran kan kenapa aku kena jumpa pakar, aku pon begitu. puas aku mengoogle. rupanya aku kan ada kencing manis. so aku kena lah berjumpa dengan pakar ni. aku sampai hospital dalam jam 7.45 pagi, terus pi kaunter untuk daftar, tapi nurse yang menjaga tu suru aku pi kaunter A pulak, aku pun malas mahu bertanya. terus aku pi kaunter A, sedang aku menunggu untuk mendaftar, aku baca2x lah risalah yang ada depan kaunter tu, lahhh rupanya nya mau jumpa (FMS) ni kena bayar rm 5.00, nasib baik baca. ingatkan free macam biasa. adehhh, dah selesai buat pendaftaran aku dapat no 7. bilik no 4. gitu. tengok bilik no 4, satu nombor pun belum jalan lagi. time tu juga aku sesak nafas. entah lah semenjak dua menjak ni selalu sangat aku sesak nafas. ok2x nanti kita cerita bab itu k, tunggu punya tunggu tiba lah giliran aku, dalam kul 10:40 macam gitu. aku masuk lah bilik pakar tu, ada seorang nurse dengan doktor perempuan dari budi bicara nya dia macam orang melayu. dia tanya aku ada ka dah jumpa perunding pemakanan. aku jawap suda, dia tanya lagi kesihatan aku. aku jawap semua ok. pastu dia suruh aku baring untuk scan baby.

Time dia scan baby tu, dia cakap dekat aku, ehh perut awak kecik saja kan?? aku cakap lah ohh iya doktor myb sebab saya pon bersize kecik juga. dia cakap lagi mungkin juga. lepas scan tu aku tanya lah, doktor ok juga semua?? doktor tu cakap. saya scan yang saya nampak je. dalam hati aku b++++ pulak jawapan dia ni, bukan ka aku baca dekat google kalau kita jumpa pakar FMS ni semua benda kita boleh tanya. (kepada doktor2x di luar sana sila lah mesra alam ya) aku dah naik menyampah dengan jawapan dia tu. lepas tu dia baca2x laporan BSP aku. dia tanya kenapa BSP awak untuk sarapan pagi tu tinggi ek? 6.00?? aku cakap lah saya makan kuih donat yang di beli dekat multi bake tu. doktor tu cakap, awak kan ada kencing manis kenapa nak makan benda yang manis-manis lagi?? aku cakap lah, saya dah tanya perunding makanan. dia cakap ok je. cuma jangan amal kan. lagi pun semenjak aku makan donat tu. BSP aku tinggi aku ndak pernah sentuh dah walaupun teringin. terus doktor suh ikut je apa yang dijadualkan untuk aku. hanya itu saja. 

lepas tu pada 26.12.2014 kemarin lah, aku memang berapa hari ni risau memanjang saja. lepas tu aku selalu macam mau marah-marah jak, bukannya apa aku selalu terfikir apa yang doktor tu cakap, dia cakap perut aku kecil. takut lah kalau memang betul kecil, baby aku pon kecil ke?? tapi suami aku cakap jangan fikir selalu apa yang doktor tu cakap yang penting baby sihat ok lah ba tu. tapi kata-kata suami aku bukan boleh membuat hati aku tenang, malah makin mau marah ada lah (kadang-kadang rasa macam derhaka pon ada) hehe.. sorry sayang. emosi sikit minggu ni. sebelum tu lagi terlambat plak menulis, hehe.. 


24.12.2014 aku diserang sakit perut. baru tu suami aku tiada di rumah lagi, suami aku pergi felda ambil abang ipar aku. 11:00 malam aku terbangun suami aku belum balik lagi, aku pon sambung baring balik, sekalinya rasa ndak selesa tu, sakit perut plak tengah malam. pastu sakit perut tu berterusan hingga ke pagi 25.12.2014, macam-macam sudah ku fikir, adakah aku mahu bersalin dah. ehhh jangan lah aku mana ada prepare barang baby lagi.

Berbalik pada 26.12.2014, aku gi klinik panel yang company tempat kerja aku sediakan, malas dah aku pi klinik kerajaan, bukan aku kata klinik kerajaan ni ndak ok, ok tu memang aku, tapi layanan tu. kurang mesra bah.tapi ndak juga semua.. ada jugak yang mesra alam, first sekalinya nya budak-budak prktikal lah, dan yang dah senior pangkat ibu2x kita. yang baru mau up tu sorry to say beb, tapi tanpa diaorang siapa lah yang mahu merawat kita kan? so kita layan jak lah. besar jugak pengorbanan diaorang dekat kita kan. banyak juga aku baca entry-entry blog lain begitu juga. nama klinik panel company aku tu, klinik dr leong. doktor dia lelaki cina. sangat baik dan peramah orangnya. aku pon bagitahu lah yang perut aku dah 2 hari sakit, sakit nya pulak macam mahu buang air besar, tapi bila aku buang air besar sikit jak, jadi nya apa kan?? aku bagitahu lagi dulu pon pernah jugak macam ni. tapi bila aku scan, baby ok cuma sonsang, kepala di atas, terus doktor tu cakap itu normal. tapi aku ndak puas hati lagi, aku bagitahu lah dia. yang perut aku ni kecil ke? (aisss ada ka patut???) miahahahahaha, teruk betul perangai aku ni. terus doktor tu cakap kamu mahu scan ke?? laju jak aku menjawap iya doktor!!!

ok doktor pon scan, dia kata baby aku ok..terus doktor tanya lagi kamu dah berapa minggu ye?? aku cakap lah masuk hari ni dah 31 minggu. bilang doktor kalau tengok dari scan ni kamu macam 29 minggu, its normal ok. berat baby kamu 1.2 kg. aku hampir menjerit!! 1.2kg ehh cepat nya 1 kilo. mau menangis pon ada. rupanya baby aku sampai jugak 1 kilo. dengan berat badan aku yang baru 43 ni. wawawawwa.. syukur alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH. terus doktor print pic scan baby. dan dia terus off kan monitor scan tu. alamak aku plak lupa mau minta scan jantina sekali. doktor boleh tak saya nak minta scan jantina lagi?? terus doktor tu cakap. ehh boleh. takda masalah (ini yang aku tambah) hahahahaha, doktor tu cakap boleh jer. pastu doktor pon on kan balik scan tu. hehehe, dia scan lah, ahh baby pon tengah aktif sekarang ni dalam hati aku lah memang sesuai sangat. sudah 3 kali scan asik tapuk aja dia punya. sekali nya doktor cakap. macam perempuan lah. aku ahhhahh perempuan, yesss perempuan. firasat ibuk kan. wahhh seronok nya, macam mau menangis pon 1 hal. ok doktor terima kasih.

Keluar jak dari bilik doktor tu, aku dah senyum2x dengan suami aku, suami aku pon senyum aikkk?? kenapa dia ni. hahahahaha, terus aku bagitahu suami aku' sayang perempuan lah. suami aku pon senyum terus. wahhhhh.. bahagia je rasa nya. syukur kepada ALLAH kan. perancangan nya adalah yang terbaik.


 Kurniaan Ilahi

ok lah, panjang plak karangan aku ni. PUBLISHH byeeee




No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah