Monday, December 1, 2014

7 AMALAN SUNAT SAMBUT BAYI

Assalamualaikum

Untuk kongsian para ibu-ibu diluar sana, jom lah kita sama-sama menimbah ilmu.


1. Ucapan Tahniah
Sampaikan ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.
sesiapa sahaja yang menjadi pengucap tahniah juga disarankan untuk menghulurkan buah tangan berupa hadiah, hamper ataupun wang sagu hati khusus untuk si anak.
(aku selalu bagi baju jer, tapi itu pun untuk anak first kawan lah - boleh ke macam tu??)

2. Azan dan iqamat
Si bapa adalah disunatkan untuk melaungkan azan secara perlahan di telinga kanan bayi lelaki atau perempuan yang baru lahir. turut disunatkan untuk bapa iqamat di telinga kiri bayi lelaki atau perempuannya itu. selain daripada itu, disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran. bacaan sekadar dibisikkan kapada bayi. diharap, ayat berkenaan menjadi seruan pertama tentang kebesaran ALLAH SWT yang didengari oleh bayi.
(In sha ALLAH)

3. Tahnik
Amalan yang turut dikenali sebagai belah mulut ini dilakukan dengan meminta orang yang alim seperti imam, bilal, ustaz dan lain-lain untuk menyapu buah kurma yang telah dilenyek ke lelangit bayi. selain kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. amalan ini juga merangsang bayi untuk mudah menyusu susu ibu buat pertama kalinya.
(In sha ALLAH)

4. Nama Baik
Namakan anak yang baru dilahirkan dengan nama-nama yang baik. menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahirannya sesudah bayi itu diazankan dan diiqamatkan. namun, ada juga pendapat yang menyatakan nama perlu diberi setelah bayi berumur tujuh hari. dalam pada itu, nama yang buruk serta menjatuhkan maruah perlu dielakkan sama sekali.
(Dah ada nama, suami suka nama tu)

5. Cukur Rambut
Amalan ini sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh kelahiran. rambut berkenaan kemudian ditimbang beratnya. berat timbangan rambut itu pula perlu ditukarkan dengan wang ringgit yang bersamaan dengan nilai emas atau perak lalu disedekahkan kepada fakir miskin. bercukur mengandungi kelebihan dari segi kesihatan di mana ia boleh menghilangkan selaput kulit kepada selain dapat memberikan daya kekuatan penglihatan mata, bau dan pendengaran. perlu diingatkan, bayi disunatkan bercukur keseluruhan kapala seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa baru di dalam majlis cukur jambul.
(In shaa ALLAH)

6. Aqiqah
Aqiqah bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau,unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi. ia lebih afdhal dilakukan pada hari ketujuh sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH SWT. atur cara ini biasanya dilakukan dalam majlis kesyukuran yang biasanya turut diselitkan dengan aktiviti mencukur rambut bayi, berzanji dan marhaban.
(In shaa ALLAH)

7. Khatan atau Khitan
Perkara ini menjadi sunat kepada bayi perempuan namun wajib bagi bayi lelaki. tujuan berkhatan atau berkhitan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin. doktor moden juga menggalakkan khatan kerana ia berupaya membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang berbahaya.
(tunggu baby besar sikit kesian. hehe)

publish..

No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah