Tuesday, May 26, 2015

3 BULAN CIRIT BIRIT FM

Assalamualaikum...

Kisah my sweetie Cirit birit, mula nya macam ni, waktu umur my sweetie baru 3 hari aku dah minta suami aku belikan susu tepung anmum, sebab air susu aku sikit jak time tu, aku risau dia kena kuning so aku pun dengan berat hati bagi anak aku minum susu lembu, macam- macam lah aku baca blog orang berkenaan bagi anak susu campur ni, rata-rata ibu di malaysia ni memang penyayang ok, sedih aku baca luahan hati mereka yang terpaksa bagi anak diaorang susu lembu..termasuk jugak aku, tapi adik aku suruh bagi susu lactogen dulu. So kitaorang laki bini pun belilah sekotak susu lactogen tu, susu lactogen ni memang murah dan berpatutan. Kalau ada baby yang serasi dengan susu ni, memang bambam lah badan diaorang k, anak kawan aku punya montel adeh geram tengok, bila aku tanya ' wah baby ko montel lah, susu apa?? maka si ibu itu pun menjawap dengan penuh cnfiden. Anak i minum susu murah je, lactogen. Anak adik aku pun begitu montel sangat badan dia keras semacam, sama jugak minum susu lactogen. tengok?? Susu murah pun ble buat baby sihat tau. Hehe..

Ok back to story, bila aku bagi anak aku susu lactogen langkah 0-6 bulan tu,  anak aku punyalah berselera, tapi kuning anak aku tinggi pulak, tapi bukan sebab susu lactogen tau. hehe, kena saman plak nanti.jadi aku pun stop kan dulu pemberian susu lactogen untuk my sweetie, malam tu aku siap mengoogle lagi susu terbaik tuk baby yang berusia bari beberapa hari ni, banyak brand susu aku baca, dari DHA, dan sebagainya.. haha, aku tahu ka pasal itu?? Opkos lah tidak.. aku main beli jak, yang penting pilihan masa itu adalah susu anmum.. susu ni macam anak aku suka, tidak suka.. macam terpaksa pun ada. Namun dia hantam jugak ketika dahaga. Pasal susu anmun ni aku campur dengan susu badan, tapi baby lebih suka susu badan, dari susu anmum. baby minum lama jugak, dari baby berumur 3 hari hingga lah 1 bulan lebih baby minum susu anmum saja, harga susu anmun ni boleh tahan juga harga nya,hahaha.. berat badan baby pun naik hingga 700 gram sebulan.. dalam sebulan tu baby minum 3 kotak. Kenapa aku tukar susu lagi?? Kalau baby dah serasi bersama anmum?? Ok macam ni, hari tu aku pi hantar mak aku ke tempat kerja bapa aku,,tempat kerja bapa aku ni ladang kelapa sawit. Susu anak aku pulak time tu tinggal sikit jak, so aku suruh lah abang aku belikan anak aku susu. Nasib baik di estate tu ada jual. So aku pun bagilah anak aku minum, sebelum kitaorang bertolak balik semula ke rumah. tapi baby minum sikit saja, baby terus sambung tidur. Bila sampai rumah tu, aku terus isi susu tu dalam bekas, tapi sebelum aku simpan susu tu dalam bekas aku baca-baca lah apa yang patut, membaca amalan kita ok. Hehe, dalam baca membaca tu aku terpandang pulak exp date susu tu, terkejut aku apsal pulak exp date tu 15 jan 2015?? kenapa??????? Ahhh ini aku terus tidak tentu arah, mahu mengamuk aku di buatnya, aku terus panggil suami aku, adik aku suami adik aku  suruh dorang tengok betul ka exp date tu?? Dorang terus cakap " ehh exp 3 bulan dah ni susu. Ahhhh, aku terus cal bapa n abang aku pasal hal ni, bapa aku apa lagi terus mengamuk tapi jam ketika tu sudah 8 malam kedai tu dah tutup. Terus aku ajak husband aku pi hospital @ balai polis ka, kenapa kau kejam sangat mahu buat report macam tu!! Itu kata hati aku lah, kan anak mu baru minum susu tu sikit jak!! Noooo.. tapi susu tu dah exp 3 bulan tauuu!! Kalau apa-apa jadi pada baby aku macam mana, laju jak air mata aku mengalir.. paling aku tidak tahan bila keesokkan hari nya bapa aku pi kedai tu, and cakap lah kenapa diaorang jual susu exp date, dengan selamba lelaki tidak menjadi lelaki tu cakap myb u beli tempat lain kot pacik!! What strong with u!! Ko yang lelaki berlagak perempuan bodoh sibuk jaga kecantikan konon.. susu berhabuk gitu mana ko amik tau!! Sumpahhh kalau aku ada di tempat tu. Memang aku kasi minum ko susu exp date yang ko jual dengan aku tu. Bertanggungjawaplah sikit k. Itu susu baby, entah-entah baby2x estate tu sudah lama minum susu exp date yang korang jual tu. Ehhh bila ingat sakit plak hati kite ni tau. Namun c, bodoh bedebah tu.. mengaku salah itu pun sebab bapa aku pi tempat letak susu tu, and bapa aku amik semua susu tu kasih dorang tengok. Memang exp date ok.. ehh kalau aku saman ni mo kaya aku d.buat nya, tapi no anak aku pun ok, so aku lepaskan jak dorang , dengan harapan lain kali tolong lah berhati-hati, moral story tu setiap kali aku beli barang susu ka apa ka, terus tengok  exp date.

Bila anmum sudah tidak ku layan, hehe.. disebabkan kos sara hidup yang makin tinggi ni, di tambah lagi gst, aku terus nekad bagi anak aku susu lactogen balik, aku kejam ke?? Berkira ke?? tidak ok, semua ibu bapa di dunia ni ingin kan yang terbaik untuk anak nya begitu jugak aku, lagi pun sebab yang paling kuat, anak aku bukan minat pun susu tu. Hahaha..jadi boleh jadi aku bagi dia try susu lain. Syukur alhamdulilah baby aku ni tidak lah memilih, bagi apa jak dia hantam.. so baby sangat lah serasi dengan susu lactogen ni. Baby tidak layan dah susu ibu, aku pula kena kembali bekerja, hari demi hari air susu pun makin berkurang, pernah sekali tu aku balik kerja terus bagi baby susu ibu, baby tolak lepas tu yang lagi dasyat baby siap mahu muntah lagi, aku apa lagi terus panik, hahaha.. Sungguh melampau penangan susu lactogen ni tau. Ok susu lactogen ni pula murah berpatutan baby minum dalam 4 kotak sebulan. Jimat lagi untuk belikan baby barang keperluan nya yang lain.

Namun sejak dua minggu yang lalu, asal baby minum susu jak, baby terus popo..kadang tu malam sampai 6 kali dia popo, aku apa lagi risaulah, terus bawa baby jumpa doktor, syukurlah doktor kata baby kena cirit birit, and doktor ada juga bagi ubat sapu, dan ubat sakit perut untuk baby, kesian baby sampai menangis-nangis kalau aku lap popo dia pakai tisu basah, punggung baby pun dah naik merah-merah, sedih nya hati bila tengok baby macam ni. Bila baby kena suntik untuk 3 bulan hari tu, aku ada juga tanya nurse pasal hal ni, tapi nurse cakap bagus lah baby senang popo.. ohh gitu ka??

Bila baby asik jak popo, aku pun bacalah pengalaman ibu2x yang pernah mengalami nya, dan tanya kawan-kawan juga.so diaorang suruh lah aku try susu lain, myb baby tidak serasi dah bersama lactogen. Dan pilihan susu kali ni adalah dutch baby, dutch baby ni oklah, harga pun murah, mampu milik, i dulu masa kecik minum air gula je.. ok jak, hahaha.. sihat dan kuat lagi. insyaALLAH.susu terbaik adalah susu ibu, susu yang ada dipasaran ni hanya untuk alas perut baby saja di kala dahaga menyapa.. hehe, sorry lah ayat lari sikit..namun baby tetap juga popo terus macam biasa walau pun dah tukar susu. Yang paling aku takut bila hari tu baby popo tengahmalam tu dalam jam 12 or 11 lupa lah, popo baby tu ada sedikit darah. Kami apa lagi laki bini kalam kabut mo bawa baby ke hospital, tapi baby tidur time tu, aku tanya adik aku yang ada pengalaman menjaga anak dua orang tu, pernah ka dia alami benda macam ni, dia cakap pernah, anak dia pun sama. Tapi dont worry itu bukan serius kata nya. myb baby panas dalam, 1 malam kitaorang berjaga semata- mata mahu tengok baby popo lagi ada darah ka tidak. Kalau ada terus jak bawa baby pi emergancy hospital. Tapi bila baby popo jam 2.3 pagi, tiada plak benda tu, ok mami ayah dah nekad biar habis duit, ayah mami mahu yang terbaik tuk baby, esok ayah mami mesti beli susu soya isomil, susu isomil ni untuk baby yang ada cirit birit, baby ndak serasi dah dengan susu lembu.. so baby kena jumpa doktor dan minum susu isomil, free lactosa.. harga belakang kira, yang penting baby sihat dulu, tapi bila esok nya mami ayah ambil cuti, baby takda pulak cirit birit, macam biasa, popo baby pun dah ok macam biasa.. setelah 2 minggu tu cirit birit. Wahh terus peluk cium baby time tu, gembira sangat baby dah sembuh.. syukurlah, baby ndak mahu minum susu soya, baby mo minum susu lembu lah... nduk anak kesayangan mami ni, oklah sampai sini saja lah coretan mami ya.. apa pun susu ibu lah susu yang paling terbaik k.

Publishhhh belanja sikit gambar baby bila dah sihat.



tuin bersama kawan mommy lah acik lia mama akak fatin..love






No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah