Wednesday, May 13, 2015

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum






                                          aku bergelar mami laki ku bergelar dady..hehehe



                                                mama sama bapa hari perkahwinan ku




happy story mory, story kali ni tentang ibu,mama,mamak,mamy atau apa-apa jak lah panggilan kamu untuk mum. Aku pun salah satu insan bertuah  sebab ada mama ada bapa dan aku sendiri pun sudah pun bergelar ibu. Cerita ku tentang hari ibu Kita di sambut pada bulan lima minggu kedua tiap-tiap tahun, tapi sebenarnya hari-hari biasa pun boleh jadi hari ibu kan??

Betul lah kata orang and kata mum ku sendiri bila kita jadi ibu baru kita akan lebih menghargai ibu kita, its true.. memang betul, aku sudah pun merasainya..

Sebelum aku bergelar seorang ibu, aku memang tidak pernah tahu pengorbanan ibu, kadang tu mama baru cakap satu perkataan aku sudah pun membalas 10 perkataan yang memang menggores perasaan ibu, iyalah sebagai anak yang degil lagi keras kepala memang begitu lah kan, sedih aku bila ingat balik. Pernah suatu ketika tu, masa tu umur aku 10 tahun kalau tidak silap lah.. masa tu aku sekolah sidang petang, jadi mum pulak masa tu entah dari mana, aku terus teriak ' mak mana duit' masa tu aku di depan pintu mo keluar sudah pi sekolah. Terus mum bagi aku 0.20 sen. kata mum, nah ini jak yang ada.. kan bapa mu belum gaji lagi. Aku apa lagi time tu memang panas. Aku pi buang duit tu depan mum. aku cakap aku tidak mahu duit tu sebab mum sudah janji kan mahu kasih rm 1.00 , Wahh bila ingat balik mesti mum sedih, aku punya menangis2x depan rumah masa tu, Siap aku bagitahu mum lagi yang aku tidak akan kesekolah hari tu, tapi mum biar jak aku menangis2x. Sedih sebab mum tidak peduli akhirnya aku pi jugak cari duit 0.20 sen tu and terus bla macam tu jak. Memang kurang ajar punya anak. dan yang paling aku ingat pengorbanan mum, masa aku form 2, ingat lagi time tu ada satu member ni bapa dia driver bas sekolah. Dia ada buat acara untuk bercuti kepantai, aku memang minat bab2x pantai ni. tapi untuk join acara tu kita kenalah bayar rm 3.00, sikit jak kan?? Tapi keadaan beliau masa tu gawat sangat. Aku apa lagi pendam jak lah keinginan tu, sampai kan kalau dalam bas sekolah tu diaorang asik jak cakap pasal persiapan untuk pi bercuti,aku buat2x tidur. Sedih ya. Sampai aku bayangkan susah jugak hidup dalam keadaan susah ni. wahh mo nangis kalau ingat balik, tapi kan entah dari mana mum tahu pasal acara tu. Mum kasi aku duit untuk join cuti2x tu padahal dari mana lah mum dapat duit tu ya. Sudah lah kegawatan ekonomi felda time tu makan pun susah. aku pulak memang entah termitsali hari tu, aku menolak..sebab aku tahu takkan pi pantai bayar tambang jak. Makan macam mana. Tapi mum paksa jugak aku pi sebab dia tahu aku memang minat pi pantai. mum cakap lagi. ' ini kau punya tambang, pasal makan tu. nanti mama masakkan nasi dari rumah lah. Jadi ndak payah lah ko membeli kan. aku apa lagi terharunya, Bila sudah tua ni baru ingat balik kederhakaan aku time kecik2x tu terus mo picit hidung sendiri motif?? supaya jangan ingat kekurang hajar nya aku. ada lagi kenangan manis yang akan ku ingat sampai bila2x.. time tu aku dalam darjah 3 macam tu, balik-balik jak dari sekolah dengan abang aku yang sulung tu, terus mum tunggu depan pintu. Bagi kejutan jam. Hahaha, best nya.. siap mum tolong kasih pakai lagi. Jam casio lagi, huh bangga sekejap siap mengasi jeles2x lagi sama adik2x ku yang masih kecik lagi ketot tu.Hahaha, aku tanya mum dari mana mum dapat jam tu. Mum cakap '' Hutang sama pakistan. Hahahaha, lucu kan. time raya mum sibuk2x pilihkan kain untuk kami adik beradik pakai raya, mum pulak pakai baju yang sama jak setiap kali hari raya. Itu lah mum saya.. ibu engkau lah ratu hati ku.
kesian mum kan, mum yang berkorban untuk kami adik beradik. pernah sekali tu mum dapat hadiah gelas and gelas tu antara gelas kesayangan mum.. cerita nya begini pasal gelas tu, ada kawan ni dorang ni memang setiap tahun mesti sambut besday.. aku pun dia jemput. Tapi tahu lah takkan mahu pi kosong2x. Aku pi ambil gelas mum dan bungkus pakai surat kabar and terus bagi gelas tu. Mum sampai menangis + geram dengan aku. Aku pulak siap mengamuk lagi, ini kira kederhakaan ku kalah c.jebat. tapi pasal gelas tu i dah ganti hahahaha, tapi mo ambil masa 17 tahun dari hari kejadian tu. Hehe.. sorry mum.

Paling terharu, bila aku berpantang hari tu, mum hari2x masakan ayam goreng + bubur..air mandi pun mum yang siapkan, sampaikan masa aku mahu bangun dari katil pun mum yang kasih bangun. Mum siap tanya, ' idah ko jangan makan nasi ya, nanti keras tu kalau kau mahu membuang. Tunggu mama habis cuci kain baru ko makan. Pastu setiap subuh mesti mum masuk bilik ambil baby, dengan harapan aku tidur lah sampai jam 12 tengahari. Hahahaha..

Apa pun setelah melahirkan baru aku terasa bukan senang mahu melahirkan itu adalah antara hidup dan mati, selepas melahirkan bukan terus selesa.. kau kena bangun lagi tengah malam hingga ke pagi. Untuk menjaga baby, sebab baby akan berjaga malam, bukan 1 @ 2 malam.. tapi bermalam2x lah kisah nya..sampaikan kau terasa hendak mengamuk, namun kasih sayang yang mendalam tu ko sanggup tahan kuat tidur mu semasa ko belum menjadi seorang ibu. Itu lah kasih ibu hingga ke syurga. Bukan berakhir disitu saja kau mesti membesarkan anak mu hingga dia sudah berkahwin pun kau mesti menganggap dia seperti budak2x bawa umur. Hahahaha, ini aku melebih2x ni..

walaupun kau berjaya kaya @ apa pun sebagainya.. kasih sayang ibu itu menandingi segalanya, tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak pernah lupa untuk mendoakan ibu nya setiap kali dia melakukan solat. InsyaALLAH.. seorang ibu tidak akan meminta apa2x dari anak nya. Melainkan cuma secebis kasih sayang dan penghargaan.. tiada nilai untuk sebuah pengorbanan seorang ibu.. apa pun mari lah kita berdoa semoga ibu sentiasa bahagia di sisi kita untuk hari2x yang mendatang.. kerana tidak kisah lah seorang ibu itu tegas,garang,atau apa pun.. namun dia tetap bertaruh nyawa untuk melahirkan kau kedunia.. itu lah ibu..

Kepada mama ku, hayati binti samawi u r the best mom, engkaulah ratu hati ku, dan tidak lupa jugak kepada ibu mertua ku.. tiada ibu mertua di dunia ini seseporting mama ya, hehe.. terima kasih kerana selalu kasih pinjam duit time hujung bulan.. hahaha.. aku bersyukur di kurniakan seorang ibu mertua yang sangat baik lagi penyayang.. anda tidak akan dapat di mana2x seorang ibu mertua yang mengambil berat dan tidak sesekali membiarkan menantunya dalam keadaan pokai di hujung bulan hahaha..i lv my husband and mama.

Kepada zuyyin insyiqa anak mami, jangan jadi macam mami ya, sayangi lah mami dan ayah mu serta sepupu sepapat dan orang-orang disekeliling mu.. jangan lupa juga nenek mu berdua atok mu berdua..sebab sifat penyayang itu akan membuat mu berjaya dunia akhirat insyaALLAH..

diakhir kata, ibu engkau lah wanita yang paling kuat didunia ini, kasih mu hingga di syurga, penat lelah air mata mu tiada nilainya walau pun kau tada berlian selautan, seluas daratan.. kasih ibu tiada tandingan. tiada harga yang cukup untuk sebuah kesakitan melahirkan kau ke dunia.. i love u mama,mamak..

publish.. 14.05.15 10:22 am

No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah