Friday, February 13, 2015

PERKEMBANGAN BABY

Assalamualaikum








Hi selamat petang, wah gitu.. hehe, begini tanpa membuang masa lagi malas aku mahu menulis panjang-panjang ponat pulak.

13.02.15 hari nie kandungan aku dah masuk 38 minggu 1 hari. banyak dah yang aku lalui. chewah.. membaca di blog (jangan cakap lah, semua blog orang aku terjah semata-mata ingin mempelajari and cari panduan dari pengalaman-pengalaman diaorang. (sorry ekkk) aku baca and terus berambus begitu jak. tanpa meninggalkan jejak. miahahahaha..

sejak kandungan aku masuk 37 minggu hari tu, aku merasakan yang baby aku keraplah mengeras, entah kenapa, aku masa mula-mula tu confius gila. makan pun kurang, tidur pun tidak lah lena seperti selalu, mimpi pulak bukan-bukan sebab fikiran pun bukan-bukan. aisssshhh macam-macam kan?? pelik betul aku ni.

23.1.2015~~berbalik pada pemeriksaan kandungan aku ke 35 minggu hari tu, macam biasa lah. aku kan on GDM sebelum jumpa doktor tu, aku kena buat BSP sehari dan hari ke esokkan nya aku akan bawa result BSP tu untuk jumpa doktor. doktor yang aku jumpa tu doktor india perempuan. dr saima irshad kalau tidak ku silap. tiba giliran aku, aku pon d,scan seperti biasa sebab doktor kena pantau perkembangan baby aku kan, takut lah terlebih besar ke. sebab aku sedia maklum ibu hamil yang mempunyai GDM potensi besar akan mengandungkan baby besar jugak. alamak takut nya... sudah lah aku ni kenit jak. hehehe, namun tuan dan puan2x. firasat itu tidak lah betul. bila doktor saima scan. baby dekat kandungan aku ni, agak lah kecil 1.859 kg jak. kata nya baby aku kecil. dan dia akan refer aku ke hospital pakar untuk berjumpa dengan doktor pakar O & G katanya. sayu pilu rasa nya. kenapa baby aku kecil sangat, takut mula bertapak dihati ku. mula sudah aku memikir yang bukan-bukan, selepas aku berjumpa dengan doktor tersebut, aku terus bagitahu my hubby, yang anak kami kecil sangat. padahal minggu ni patut kiraan baby tu dah mencapai 2 kg lebih lah gitu. husban aku plak bagi aku kata-kata semangat, bilang husban aku, biarlah baby kecil yang penting dia sihat. mungkin dia ikut size mu ni yang. (hahahahaha kena sebijik!!!!) dalam bersedih tu terhibur jugak, betul kali kan. baby ikut size ku. sampai jak aku di rumah, aku terus bagitahu my mum. minta semua kad klinik adik beradik and kad klinik ku sendiri. aku mahu mencari sebab. hahahaha.. adakah ia disebabkan genetik?? sebab kami adik beradik pon kurus-kurus jak semua. makan boleh lah tahan. tapi badan memang jenis kiding jak. my mum pon heran, kenapa pula aku minta semua kad klinik tu. aku pon terangkanlah yang my baby kecil baru jak di scan tadik. terus my mum cakap. apa pulak!!! biarlah kecil ok lah tu, tidak lah payah ko mengasi keluar, tidak lah jugak ko di jahit. apa lah ko ni. bilang mum ku. tapi aku tetap juga membelek-belek rekod kelahiran ku and rekod kelahiran adik-beradik ku yang lain, ahh ndak lah pulak kecil sampai 1.859 kg. macam mana ni. aku lahir pun agak besar jugak 2.9 kg ke 3 kg gitu. besar juga. start lah aku membaca blog-blog mommy-mommy di luar sana yang mengalami masalah seperti aku. husban aku marah gila dengan aku. sebab dia tahu. kalau aku baca yang positif maka positif lah aku. kalau ndak nahhh lain lagi. akhirnya semua yang aku baca sedikit saja yang positif yang lain-lain semua agak negetif sikit. risau nya aku.. berat pon kian turun. sebab memikir saja hari-hari. hinggalah pada

 27.01.2015 aku membuat rawatan seperti biasa di klinik desa silabukan, yang lebih dikenali sebagai ANC. ok nurse check rekod kesihatan aku dia kata baby aku agak kecil dalam rekod scan dr saima tu. dia pon check lah sekali. ukur mengukur. siap pegang-pegang perut dia mahu rasa baby dekat mana. dia kata dia pegang kepala baby pon kecik saja. dan baby ku macam terbantut saja pekembangannya. hah!!! dia cakap begini. terus aku jadi tidak karuan. aku sedih betul time tu, di rumah aku duduk jak dalam bilik. membaca tips-tips untuk menaikkan berat baby. tapi hampah tiada satu cara pun yang melekat di kepala otak ni. buntu sangat-sangat.

28.01.2015 time ni aku dekat opis, sambung membaca lagi. petang dalam pukul 4.30 ptg gitu. aku dengar staf bising-bising sebut nama suami aku, diaorang kata suami aku kena pi emergancy secepat mungkin, tapi aku macam dengar tidak dengar jak. akhirnya aku melihat kebawa opis. tapi yang aku tengok suami aku. menutup kepala nya dengan kain. darah banyak betul keluar. terkejut lagi. husban aku kemalangan ditempat kerja. tapi syukur alhamdulillah. dia ok. cuma kena jahit sikit lah. sedih aku melihat husban ku yang tidak putus-putus bagi aku kekuatan, kata nya kita cari hikmah nya.

29.01.2015 jumpa pakar untuk scan perkembangan baby, malam tu aku tidak putus-putus berdoa semoga semua baik-baik saja. surah yaasin ayat 82. in shaa ALLAH, niatkan yang baik-baik. tibalah giliran ku untuk berjumpa doktor pakar. ehh mudanya budak ni. dia ni pakar ka?? banyak pula pertanyaan ku. aku pon d,scan secara detail nya. aku pasrah sepasrah pasrah nya. bila doktor scan, dia cakap. eh puan baby puan ok lah. berat dia pun 2.4 kg dah. ahhh, ambil ko 2.4 kg!! aku hampir menangis. berat baby dah 2.4 kg. biar betul. dr hari tu salah scan ka apa. aku apa lagi terus ucap syukur alhamdulilah.. ini lah hikmah nya. terima kasih ya ALLAH. Dr pun cakap lagi pekembangan baby pun ok. cuma agak lewat dari usia nya dua minggu macam tu lah. tapi dr masih boleh terima.

05.02.2015 pun jumpa pakar lagi, timbang berat baby dah 2.48 kg. wahhh gud girl lah baby.. dia paham kali perasaan aku ya. perkembangan baby pon ada. tiap minggu naik. syukur. sayang baby ibu. sekarang pon selera ibu pon makin meningkat. bukan main lagi.

10.02.2015 nie pulak baby mengeras-mengeras tapi baby ada juga kick. tapi risau nya aku ni. aku pon pi lah scan baby di klinik panel yang company tempat kerja aku sediakan. takut wei pi hospital ndak pasal-pasal nanti kena tahan. bila scan dekat klinik ni. aku bagitahu lah doktor tu yang perut aku selalu mengeras. tapi doktor tu kata itu normal. aku terus minta d,scan mahu tengok keadaan baby. ok doktor kata baby ok. jantung pon ok, berat baby 2.6 kg dah.. wahhh bukan main lagi baby ni. makin segar pulak. hahahaha.. ndak apa ibu gembira.

12.02.2015 jumpa pakar lagi, tapi time ni, doktor scan dia kata baby 2.48 kg lagi. sama time dia scan masa 05.02.2015 adehhh, lain pulak.. semua doktor rupanya berbeza-beza. hehe, tapi mengapa lah yang penting baby sihat. 16.02.2015 ni jumpa pakar lagi. mudah-mudahan ok semua. kalau tidak memang kena check-in lah. huhu

ok lah panjang benar karangan aku ni.

doakan aku ya kawan-kawan, halalkan makan minum..

assalamualaikum.. bye publish






Baca Lagi

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah