Tuesday, December 2, 2014

KENALI 5 MASALAH ASAS KULIT BAYI

Assalamualaikum

Kulit bayi begitu sensitif. oleh itu, bayi memerlukan penjagaan khusus terutamanya bagi bayi yang menghadapi masalah kulit. jom ikuti panduan penjagaan kulit si manja anda.

1. Ruam panas
ia berlaku apabila kulit bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembab. ia akan timbul bintik-bintik kecil kemerahan. dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat.

Rawatan: Mandikan bayi anda menggunakan air suam serta sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah. elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. elakkan menggunakan fabrik sintetik seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas. pilihlah fabrik natural seperti kain kapas. juga longgarkan atau tanggalkan baju untuk menyejukkan badannya.

2. Ruam Lampin
Selalunya, ruam lampin berlaku adalah disebabkan oleh kelembapan akibat lampin yang kotor. ruam juga boleh berlaku apabila kulit bayi tidak begitu kering selepas mandi. kadang-kadang, bakteria atau jangkitan yis akan menyebabkan ruam lampin. kebanyakan ruam lampin tidak memerlukan rawatan perubatan.

Rawatan: Kerap menukar lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. cuci pungung bayi dengan mengunakan sabun tanpa bahan pewangi, sabun lembut yang bebas bahan kimia. kemudian sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang. juga pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang udara untuk memasuki bahagian punggung bayi anda.

3. Ekzema
Ia merujuk masalah kulit yang mempunyai dermatitis iaitu kemerahan, kuping dan bengkak. ia berlaku pada bahagian muka, tangan dan kaki dan badan. pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan: Ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. antaranya memakai pakaian jenis kain benag, kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru dan mengelak makan makanan yang mencetuskan kes ek zema.




cantik betul kulit anak orang putih ni kan. 

publish.. bye

2 comments:

  1. Info yang menarik..nak tau tips anak sihat pintar, boleh lawati blog saya di:http://danishdamiadaris.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. noradyani~~ salam perkenalan dari sabah, ok i dah follow blog yani.

    ReplyDelete

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah