Friday, December 26, 2014

ANUGERAH KURNIAAN ILAHI

Assalamualaikum

~Dia lah permata yang di cari selama ini baru ku temui~
Syukur alhamdulillah Baby bumb dah masuk 7.75 bulan.

Diary online bercerita lagi kesian, apa boleh buat kan ini jak lah kerjaan ku.. 23.12.2014 aku ada temujanji dengan pakar (FMS) Family medical specialists, mesti kamu heran kan kenapa aku kena jumpa pakar, aku pon begitu. puas aku mengoogle. rupanya aku kan ada kencing manis. so aku kena lah berjumpa dengan pakar ni. aku sampai hospital dalam jam 7.45 pagi, terus pi kaunter untuk daftar, tapi nurse yang menjaga tu suru aku pi kaunter A pulak, aku pun malas mahu bertanya. terus aku pi kaunter A, sedang aku menunggu untuk mendaftar, aku baca2x lah risalah yang ada depan kaunter tu, lahhh rupanya nya mau jumpa (FMS) ni kena bayar rm 5.00, nasib baik baca. ingatkan free macam biasa. adehhh, dah selesai buat pendaftaran aku dapat no 7. bilik no 4. gitu. tengok bilik no 4, satu nombor pun belum jalan lagi. time tu juga aku sesak nafas. entah lah semenjak dua menjak ni selalu sangat aku sesak nafas. ok2x nanti kita cerita bab itu k, tunggu punya tunggu tiba lah giliran aku, dalam kul 10:40 macam gitu. aku masuk lah bilik pakar tu, ada seorang nurse dengan doktor perempuan dari budi bicara nya dia macam orang melayu. dia tanya aku ada ka dah jumpa perunding pemakanan. aku jawap suda, dia tanya lagi kesihatan aku. aku jawap semua ok. pastu dia suruh aku baring untuk scan baby.

Time dia scan baby tu, dia cakap dekat aku, ehh perut awak kecik saja kan?? aku cakap lah ohh iya doktor myb sebab saya pon bersize kecik juga. dia cakap lagi mungkin juga. lepas scan tu aku tanya lah, doktor ok juga semua?? doktor tu cakap. saya scan yang saya nampak je. dalam hati aku b++++ pulak jawapan dia ni, bukan ka aku baca dekat google kalau kita jumpa pakar FMS ni semua benda kita boleh tanya. (kepada doktor2x di luar sana sila lah mesra alam ya) aku dah naik menyampah dengan jawapan dia tu. lepas tu dia baca2x laporan BSP aku. dia tanya kenapa BSP awak untuk sarapan pagi tu tinggi ek? 6.00?? aku cakap lah saya makan kuih donat yang di beli dekat multi bake tu. doktor tu cakap, awak kan ada kencing manis kenapa nak makan benda yang manis-manis lagi?? aku cakap lah, saya dah tanya perunding makanan. dia cakap ok je. cuma jangan amal kan. lagi pun semenjak aku makan donat tu. BSP aku tinggi aku ndak pernah sentuh dah walaupun teringin. terus doktor suh ikut je apa yang dijadualkan untuk aku. hanya itu saja. 

lepas tu pada 26.12.2014 kemarin lah, aku memang berapa hari ni risau memanjang saja. lepas tu aku selalu macam mau marah-marah jak, bukannya apa aku selalu terfikir apa yang doktor tu cakap, dia cakap perut aku kecil. takut lah kalau memang betul kecil, baby aku pon kecil ke?? tapi suami aku cakap jangan fikir selalu apa yang doktor tu cakap yang penting baby sihat ok lah ba tu. tapi kata-kata suami aku bukan boleh membuat hati aku tenang, malah makin mau marah ada lah (kadang-kadang rasa macam derhaka pon ada) hehe.. sorry sayang. emosi sikit minggu ni. sebelum tu lagi terlambat plak menulis, hehe.. 


24.12.2014 aku diserang sakit perut. baru tu suami aku tiada di rumah lagi, suami aku pergi felda ambil abang ipar aku. 11:00 malam aku terbangun suami aku belum balik lagi, aku pon sambung baring balik, sekalinya rasa ndak selesa tu, sakit perut plak tengah malam. pastu sakit perut tu berterusan hingga ke pagi 25.12.2014, macam-macam sudah ku fikir, adakah aku mahu bersalin dah. ehhh jangan lah aku mana ada prepare barang baby lagi.

Berbalik pada 26.12.2014, aku gi klinik panel yang company tempat kerja aku sediakan, malas dah aku pi klinik kerajaan, bukan aku kata klinik kerajaan ni ndak ok, ok tu memang aku, tapi layanan tu. kurang mesra bah.tapi ndak juga semua.. ada jugak yang mesra alam, first sekalinya nya budak-budak prktikal lah, dan yang dah senior pangkat ibu2x kita. yang baru mau up tu sorry to say beb, tapi tanpa diaorang siapa lah yang mahu merawat kita kan? so kita layan jak lah. besar jugak pengorbanan diaorang dekat kita kan. banyak juga aku baca entry-entry blog lain begitu juga. nama klinik panel company aku tu, klinik dr leong. doktor dia lelaki cina. sangat baik dan peramah orangnya. aku pon bagitahu lah yang perut aku dah 2 hari sakit, sakit nya pulak macam mahu buang air besar, tapi bila aku buang air besar sikit jak, jadi nya apa kan?? aku bagitahu lagi dulu pon pernah jugak macam ni. tapi bila aku scan, baby ok cuma sonsang, kepala di atas, terus doktor tu cakap itu normal. tapi aku ndak puas hati lagi, aku bagitahu lah dia. yang perut aku ni kecil ke? (aisss ada ka patut???) miahahahahaha, teruk betul perangai aku ni. terus doktor tu cakap kamu mahu scan ke?? laju jak aku menjawap iya doktor!!!

ok doktor pon scan, dia kata baby aku ok..terus doktor tanya lagi kamu dah berapa minggu ye?? aku cakap lah masuk hari ni dah 31 minggu. bilang doktor kalau tengok dari scan ni kamu macam 29 minggu, its normal ok. berat baby kamu 1.2 kg. aku hampir menjerit!! 1.2kg ehh cepat nya 1 kilo. mau menangis pon ada. rupanya baby aku sampai jugak 1 kilo. dengan berat badan aku yang baru 43 ni. wawawawwa.. syukur alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH. terus doktor print pic scan baby. dan dia terus off kan monitor scan tu. alamak aku plak lupa mau minta scan jantina sekali. doktor boleh tak saya nak minta scan jantina lagi?? terus doktor tu cakap. ehh boleh. takda masalah (ini yang aku tambah) hahahahaha, doktor tu cakap boleh jer. pastu doktor pon on kan balik scan tu. hehehe, dia scan lah, ahh baby pon tengah aktif sekarang ni dalam hati aku lah memang sesuai sangat. sudah 3 kali scan asik tapuk aja dia punya. sekali nya doktor cakap. macam perempuan lah. aku ahhhahh perempuan, yesss perempuan. firasat ibuk kan. wahhh seronok nya, macam mau menangis pon 1 hal. ok doktor terima kasih.

Keluar jak dari bilik doktor tu, aku dah senyum2x dengan suami aku, suami aku pon senyum aikkk?? kenapa dia ni. hahahahaha, terus aku bagitahu suami aku' sayang perempuan lah. suami aku pon senyum terus. wahhhhh.. bahagia je rasa nya. syukur kepada ALLAH kan. perancangan nya adalah yang terbaik.


 Kurniaan Ilahi

ok lah, panjang plak karangan aku ni. PUBLISHH byeeee




Baca Lagi

Tuesday, December 16, 2014

BABY KURANG GERAK

Assalamualaikum


Anak kesayangan ibu dan ayah minggu ke 28, hidung dia ikut bapak dia lah. mancung kot. ker sebab aku asik dengar lagu industan ni sepanjang mengandung. hahahahaa.. perasan






ikut bapak dia lah, cuba zoom hidung tu. hahahaha 

Minggu ke 28, aku macam biasa lah kerja. tapi sejak semalam aku memang rasa baby aku kurang gerak. tapi aku sedapkan hati jak, mana tau kan baby tidur ka apa ka, tapi mahu tidak mahu aku pi jugak mengoogle, rasa nya banyak juga entry dari blogger-blogger di luar sana yang kongsi cerita bab baby kurang gerak ni, ada yang positif ada yang negetif.

Aku apa lagi mula sudah risau, aduh kenapa dari semalam aku tidak fikir, sudah berapa jam kan. aku cal suami aku, dan cakap baby ndak gerak dari semalam lagi, suami aku pula fikir positif. kata nya mungkin baby tidur, takkan lah tidur lama sangat. adehhh.. aku ambil kunci lock computer opis, terus turun gi paking cari suami aku, aku ok lagi masih boleh cool. tapi bila dalam kereta airmata ku mengalir tiba-tiba takut kalau-kalau ada apa-apa hal berlaku, wahhhhh..tidak boleh ku bayangkan, aku terus cakap-cakap dengan baby. tapi baby ndak da respon. menangis lagi. suami aku cakap jangan lah fikir bukan-bukan, siap suruh aku lap air mata, takut dia nanti pi klinik mata merah kan, heran plak orang. hahaha.

Sampai jak klinik panel Genevieve, terus nama aku di panggil. aku apa lagi. cepat-cepat masuk bagitahu doktor yang baby aku kurang bergerak, doktor cakap mungkin dia tidur, aikkk.. sama pulak dengan suami aku, then doktor suruh aku baring, dia scan perut, kata nya nahh tu baby kamu. cantik dengupan jantung. dia tidur lah. terus aku rasa lega.. syukur alhamdulilah baby sihat rupanya tapi dia malas sikit. lepas tu aku suruh doktor check jantina sekali. hahahaha, doktor pun check, tapi baby macam biasa, dia siap kepit paha lagi. adoiii nak, bila lah mommy berpeluang mahu tahu jentina ni, doktor pun dah membebel-bebel kata nya anak ibu ni nakal lah ndak mau kasi tengok benda tu. hehe, aku pon naik kesian dekat doktor tu. tidak mengapa lah mungkin seperti biasa baby mahu buat suprise kot. lepas tu doktor cakap lagi baby kamu ni kepala di atas lah, patut 7 bulan macam ni, kepala dia kat bawah. ini lagi bikin aku susah hati, tapi kata doktor takpa, nanti dia boleh pusing lagi, sebab baru 7 bulan, ruang masih ada lagi..

Aku pas jumpa doktor tu, masuk kereta bagitahu suami aku, yang baby kat dalam ni kepala dia masih kat atas lah, siap mengoogle lagi, banyak juga info-info aku dapat, aku bagitahu suami sebelum kita tidur, kita kena pujuk baby supaya dia turun, pastu kita bagi dia dengar surah-surah. hah ini tugas en somi. hahahaha

11.12.2014 aku ada temujanji bsp + scan, bsp aku kali ni amat lah memberangsangkan:-

Tarikh              FBS           2HPP                                    PRELUNCH            PRE DINNER
13.11.14         4.6              5.2                                        4.7                             5.9
11.12.14         4.5              6.0(makan donat 1 bji jak)    4.6                              5.7

Doktor saima irsyad yang bertugas scan aku tu, orang india ok.. cantik pulak tu macam pelakon industan, miahahahah.. aku telan liur jak tengok dia, pastu usap perut, kalau lah anak aku ni macam muka c,doktor ni.. cumil nya, hahahaha.. mana boleh anak orang Buton + Bugis = hindustan hahahaha
(tapi why not?? mana tau rezeki)
aku kalau duduk sendiri-sendiri, macam-macam sudah ku fikir yang tidak masuk akal pun, aku fikir.lepas tu senyum sendiri-sendiri. siap aku tanya lagi doktor time mahu scan aku tu, doktor saya ada soalan lah, pada 09.12.2014 saya tidak rasa pergerakan baby, jadi saya pi lah check dekat klinik panel yang company sediakan dia siap scan lagi, tidak mengapa ke baru selang 2 hari. hari ni doktor mahu scan saya lagi??? confidence nya aku. terus doktor tu cakap. scan nie lain, macam saya tangkap gambar u lah. ada effect ke?? dan saya dah bertahun-tahun berdiri kat depan mesin ni, ok aja pun.
ni lah aku, selalu baca info-info kat google tu, pastu dengar cakap orang-orang yang tidak bertauliah. patut nya tanya lah pada doktor ke apa ke? hehehe. lepas ni sebulan 4x scan lah.. rindu dekat my baby ni.

Tapi bila aku ingat-ingat balik, anak aku memang jenis yang kurang gerak lah, dia bergerak pun bermusim, kadang satu hari dia gerak terus, sampai tulang rusuk aku sakit betul, tapi kadang satu hari dia tak mo bergerak, macam mana ni?? pernah ke orang mengalami nya?? pernah sekali tu dia bergerak kuat sangat, jadi aku pon complaint lah dekat en suami, terus baby ni merajuk, tak mo bergerak eh.. aku pujuk-pujuk pon dia tak mo jugak, ayoyoyo, dia dengar ke apa yang aku cakap ni?? hamboiii merajuk nampak!! ini ikut perangai bapak dia lah nie. suka sangat merajuk. ok-ok baby tendang lah ibuk sekerap mana pon, ibuk tak mo merungut-merungut dah.. yang penting baby sihat yer?? nanti kita boleh gi kk jalan-jalan. ayah sudah janji tu. huhuhu (ada ka laki aku janji??) mengada jer tauuuu!!!


Ok lah, rasa nya sampai sini dulu lah, next entry mo cerita pasal perjumpaan aku dengan pengawai perunding pemakanan. hahahaha.

publish..


Baca Lagi

Thursday, December 4, 2014

LELAKI ATAU PEREMPUAN

Assalamualaikum







ini pic baru jer snap tadik 05.12.2014 , hahaha.. baby bump aku yang tak seberapa nak bump tu pregnant 28 minggu (7 month) sebenarnya malu mo share, tapi kawan-kawan banyak yang mo tengok kata nya. sebab aku dari first pregnant takda nya mood aku mau bersnap-snap pic ni. sebab aku selekeh lah. layan jak lah kan? yang penting aku happy. syukur alhamdulilah ALLAH SWT memberi aku rezeki sekali lagi. mudah-mudahan rezeki ini milik kami. in sha ALLAH.


Hahaha, ini lah entry yang lama sangat aku fikirkan, tapi adik-adik aku yang dekat rumah tu banyak buat teka-teki, jeng..jeng..jeng, ok sabar adik-adik ku, macam ni. aku dah ada anak buah lelaki 3 orang. hamboiiii perempuan tiada lagi. jadi adik-adik beradik aku sangat lah berharap semoga turn aku ni pulak adalah perempuan.

Sebenarnya aku tidaklah kisah sangat anak aku ni lelaki ke ataupun perempuan, yang penting dia sihat walafiat sempurna sifatnya. beraklak mulia itu sudah memadai. in sha ALLAH, tapi suami aku pulak suka sangat baby gegurl. hahaha, tengok siapa yang excited sangat kan?? tapi kadang-kadang dia cakap. "mana-mana je sayang kan?

Hari tu aku ada buat scan masa kandungan aku 27 minggu, tapi baby tidur. doktor dah bagi bangun dia tak mo lah, siap kepit lagi paha dia, ala baby ni pemalu pulak, ikut ayah ke?? hehe.. ok-ok doktor jangan kacau lah anak aku nak tidur, macam mana tidak mengantuk kalau asik berjaga tengah malam hingga ke pagi. kadang tu anak aku aktif time tengah malam. takut je nanti, nurse suruh kira pergerakkan baby dalam perut ni. apa aku nak tulis. sebab anak aku aktif time aku membuta tu. aissssyyy risau lah mommy ni. hahahaha, hari tu aku bangun pukul 5 pagi macam tu, susah bebenar lah aku mahu lelap. adehhh sebab anak aku ni asik kekiri and kekanan. ada satu ketika tu, dia dah slow-slow tendang perut aku. sekalinya ayam kampung yang ku namakan si seribet tu buat hal. dia berkokok plak, terkejut anak aku. hahaha.. lucu pulak anak aku takut ayam berkokok. hahahahaha.. sakan aku ketawa sendiri-sendiri pagi tu. adehhhh seribet2x aku sembileh ko baru ko tau!! huhuhu

ok, aku mau senaraikan sikit pengalaman aku 1st pregnant ni ;-


  • Aku mengandung kali ni, aku hanya merasakan morning sickness di awal usia kandungan aku masuk dua bulan, semua benda yang aku makan tiada ku rasa, bak kata pepatah kurang rasa. sedih bangat aku, aku takut anak aku tidak cukup zat. sebab aku asal makan je muntah. tapi yang best nya hahaha.. anak aku asik mo makan KFC saja. selera mu nak, buat ayah koyak poket. miahahaha. tapi ayah cakap makan jak, apa yang baby mahu. dari dia tak mau. betul-betul.

  • Bila selera aku ok!! hehe.. kandungan aku masuk 4 bulan selera aku dah ok, semua makanan aku bantai, yang penting makanan tu tidak masam <--- i dont like masam-masam. saya suka yang manis-manis, hingga kan saya disahkan menghidap kencing manis. hahaha, tapi syukur lah untuk BSP yang pertama hari tu, tekanan gula dalam darah aku ni. normal. syukur alhamdulilah.


  • Aku tidak suka bau badan suami aku sendiri, (terukkan aku, padahal bau itu lah yang menjadi peneman ku setiap malam. sorry ek en suami, tapi en suami paham. baik betul suami aku ni. i lop u.muahhhh, aku pun tidak mengemari bau minyak wangi. benci betul aku kalau orang memakai minyak wangi. tapi tidak lah lama alahan ku itu, bila suatu hari, aku sibuk menghidu sabun cuci piring yang berjenama ;- 



  •                                                                                   
  • Dan aku juga seorang yang serabut, aku pergi pejabat. baju aku warna lain, tudung aku warna lain. muka aku pulak tidaklah berseri seperti kebiasaannya. hehehe, bab tidur jangan cerita lah. aku dekat opis pun membuta. fedap gila aku kalau bos aku tidak keluar sarapan atau pun makan petang. sampaikan aku tidur pun sembunyi2x. hahaha..letak calendar dekat muka pastu membuta. 15 minit pun jadilah yang penting aku tidur. pernah sekali tu, aku memang tak boleh dah tahan lama-lama, aku cal husban aku kebetulan kami satu tempat kerja, tapi department lain-lain. aku suruh suami aku jaga opis, sebab bos aku keluar makan petang. naik opis je suami aku, aku pi membuta dekat bilik kerja dia. ingatkan mo membuta 20 minit jer. sampai 2 jam aku termembuta. nasib baik bos tak masuk lagi time tu. (kejam kan aku??) 

  • Sepanjang kehamilan aku, aku tidak pernah masak. hehe, sebab aku menapak dekat rumah mak bapa aku, so semua makanan mak aku lah yang sediakan. anak bertuah kan aku?? 

semua yang tertera diatas penuh dengan sikap negative jak kan?? hahaha.. itu lah moment aku sebagai seorang isteri dan bakal ibu. miahahaha.. sori ya kawan-kawan 


Yang dekat bawah ni pulak, adalah hasil carian google aku di blog orang. tapi jangan percaya sangat. ni just suka-suka jer kot. kalau tersama tu anggaplah satu kebetulan. 

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. (tengok perut aku macam bulat)

2) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan
 (semua benda aku hadap yang penting keselesahan itu, hehe)

3) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan
 (rasa macam baby suka sangat sebelah kiri-ada harapan si ayah.hehe)

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. 
(aku pulak serabut, comot, tapi kawan satu kerja aku pon masa mengandung comot gak, tapi anak dia pompuan muskil. hehe)

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan (Garisan perut aku pulak, putus-putus.. hehehe)

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri.. 
(Aku tidak berseri hahaha, hamboiii macam kearah gegurl je ni)

Ok-ok naik sakit sudah jari jemari aku ni, untuk penulisan entry kali ni. ini saja lah ya. kalau ada sapa-sapa mo share pengalaman masa pregnant ni. boleh lah share kat entry ni yer. byeee assalamualaikum

publish.


Baca Lagi

Tuesday, December 2, 2014

BUDAK INI

Assalamualaikum


Anne before green gables @ anne of green gables, hahahaha. aku mula layan cerita kartun ni masa kandungan aku masuk 2 bulan, masa tu tengah cuti kan, hari ahad plak tu. kartun ni ditayangkan di astro ceria, aku layan astro ceria??? ohh noo.. miahahahaha, 11.30 pagi kalau tidak ku silap. first time aku tengok kartun ni aku terus jatuh cinta, wahhh best. sampai kan info banyak kali bila ulang tayang cerita ni. padahal adik-adik aku yang tua bangkak tu layan kartun, tapi bukan cerita ni, diaorang layan kartun dragon ball. ohh tidak pernah ku minat cerita tersebut, serabut kepala otak ni.

kisah budak ni, betul-betul melekat dihati, walaupun aku bukan anak yatin piatu, tapi cerita ni buat aku menghargai kedua orang tua aku, dan aku ada seorang ipar, suami adik aku, dia dibesarkan oleh nenek dia, mak bapa dia meninggal masa umur dia 8 tahun, bayang kan? seusia itu?? dia masih kecil lagi, bila raya aku sedih tengok dia, sampaikan aku yang garang dengan adik aku ni pun, kalau dengan budak tu aku boleh bercakap lembut-lembut. semoga dia tabah, in sha ALLAH.

kata kawan aku, jangan layan sangat cerita kartun ni, nanti anak yang kita kandung sama dengan budak dalam kartun ni, apa pulak kan??? ALLAH kan sudah berfirman : -



ok, aku mahu cerita sikit berkenaan kisah budak bernama ann

yang huruf dibelakangnya ada e. hahaha. ok kisah nya macam ni, budak anne ni di pelihara oleh keluarga angkat dia. sebab mak bapa dia dah meninggal dunia masa dia baby lagi, sebab sakit. di rumah angkat dia tu pulak. dia mana boleh rilex-rilex semua kerja rumah dia yang buat. (sedih aku) kadang tu aku sakit hati dengan keluarga angkat dia. anak-anak dia kan banyak baru tu kecil-kecil lagi, semua tu di anne yang jaga. baik betul budak ni.




bila umur dia 11 tahun keluarga angkat dia hantar dia pi rumah anak yatim. wahh bermula lah episode kebahagiaan si anne ni. sebab keluarga angkat dia yang baru ni sepasang adik beradik yang tidak berkeluarga.
tapi sebenarnya keluarga adik beradik ni ingat si anne ni lelaki, sebab dorang mahukan budak lelaki untuk menolong diaorang dua adik beradik di ladang.  sekalinya diaorang tengok perempuan pula, yang abang tu mula dah suka sama si anne ni sebab budak ni kuat berhayal,merapu, becok la. hahaha. tapi yang masalah nya adik perempuan nya pula, uit seram muka nya ganas. dia berkeras ndak mau sama si anne ni. aku plak terikut-ikut sedih menengok. sampai si anne cerita lah kisah kehidupannya dari kecil sampai dia sampai di green gables ni. wahh syadu nya. semenjak aku mengikuti kisah budak anne ni. aku tidak melayan drama-drama lain ya. cerita ini jak yang aku ikuti sampai kan aku sanggup tidur jam 10.30 malam. miahahahahaha. suami aku pun bising-bising sudah. bilang en somi.
 " kenapa sayang layan sangat cerita tu, bukan best pun kartun ba tu. (sedih nya aku) 
adik ku plak, kau ni sudah kenapa layan cerita kartun. ko tengok tu rambut nya merah. hahaha, nanti rambut anak mu begitu. aikkk kiranya orang semua di rumah tu memboikot cerita ni. 

namun.. hahahaha, kemachoan suami ku di duga, apabila dia mula melayan cerita anne of green gables ni. ahhh baru dia tahu, jalan cerita nya tidak lah seperti jalan cerita kartun kebanyakan nya. yang merapu-rapu.

ada moral lah cerita ni, tentang nasib anak yatin piatu yang sabar menempuh kehidupan yang penuh liku-liku, tentang persahabatan, tentang erti kejujuran. i like




Anne bersama sahabat karib diana, siap bersumpah sehidup semati. hahaha


 ini kak heliza nama nya, punya lah si anne sayang dengan dia ni, sebab  si heliza ni baik anak keluarga angkat nya tapi kawin awal (hamboi) hehe




masa si anne tinggal dengan keluarga angkat nya tu. begitu la nasib nya. 


ini rumah keluarga angkat si anne yang baru, gembira betul dia. sebab dia paling kena sayang di rumah ni. walaupun pertama kali nya dia di tolak. hahaha





yang paling penting penulis kepada novel anne of green gables ni tinggal di kampung ANNE OF GREEN GABLES, dan dengar cerita. kisah ni memang betul. tapi lama sudah lah. wahhh, wujud rupanya nya green gables ni, best nya. cantik betul tempat ni. ala-ala kampung orang putih time dulu-dulu pakai lilin segala. best






yang penting baby di dalam ni minat betul kali, sampaikan aku pun terikut-ikut. k la sampai sini jak lah cerita nya petang ni ya.

publish. byeee
Baca Lagi

KENALI 5 MASALAH ASAS KULIT BAYI

Assalamualaikum

Kulit bayi begitu sensitif. oleh itu, bayi memerlukan penjagaan khusus terutamanya bagi bayi yang menghadapi masalah kulit. jom ikuti panduan penjagaan kulit si manja anda.

1. Ruam panas
ia berlaku apabila kulit bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembab. ia akan timbul bintik-bintik kecil kemerahan. dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat.

Rawatan: Mandikan bayi anda menggunakan air suam serta sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah. elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. elakkan menggunakan fabrik sintetik seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas. pilihlah fabrik natural seperti kain kapas. juga longgarkan atau tanggalkan baju untuk menyejukkan badannya.

2. Ruam Lampin
Selalunya, ruam lampin berlaku adalah disebabkan oleh kelembapan akibat lampin yang kotor. ruam juga boleh berlaku apabila kulit bayi tidak begitu kering selepas mandi. kadang-kadang, bakteria atau jangkitan yis akan menyebabkan ruam lampin. kebanyakan ruam lampin tidak memerlukan rawatan perubatan.

Rawatan: Kerap menukar lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. cuci pungung bayi dengan mengunakan sabun tanpa bahan pewangi, sabun lembut yang bebas bahan kimia. kemudian sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang. juga pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang udara untuk memasuki bahagian punggung bayi anda.

3. Ekzema
Ia merujuk masalah kulit yang mempunyai dermatitis iaitu kemerahan, kuping dan bengkak. ia berlaku pada bahagian muka, tangan dan kaki dan badan. pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan: Ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. antaranya memakai pakaian jenis kain benag, kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru dan mengelak makan makanan yang mencetuskan kes ek zema.




cantik betul kulit anak orang putih ni kan. 

publish.. bye
Baca Lagi

Monday, December 1, 2014

7 AMALAN SUNAT SAMBUT BAYI

Assalamualaikum

Untuk kongsian para ibu-ibu diluar sana, jom lah kita sama-sama menimbah ilmu.


1. Ucapan Tahniah
Sampaikan ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.
sesiapa sahaja yang menjadi pengucap tahniah juga disarankan untuk menghulurkan buah tangan berupa hadiah, hamper ataupun wang sagu hati khusus untuk si anak.
(aku selalu bagi baju jer, tapi itu pun untuk anak first kawan lah - boleh ke macam tu??)

2. Azan dan iqamat
Si bapa adalah disunatkan untuk melaungkan azan secara perlahan di telinga kanan bayi lelaki atau perempuan yang baru lahir. turut disunatkan untuk bapa iqamat di telinga kiri bayi lelaki atau perempuannya itu. selain daripada itu, disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran. bacaan sekadar dibisikkan kapada bayi. diharap, ayat berkenaan menjadi seruan pertama tentang kebesaran ALLAH SWT yang didengari oleh bayi.
(In sha ALLAH)

3. Tahnik
Amalan yang turut dikenali sebagai belah mulut ini dilakukan dengan meminta orang yang alim seperti imam, bilal, ustaz dan lain-lain untuk menyapu buah kurma yang telah dilenyek ke lelangit bayi. selain kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. amalan ini juga merangsang bayi untuk mudah menyusu susu ibu buat pertama kalinya.
(In sha ALLAH)

4. Nama Baik
Namakan anak yang baru dilahirkan dengan nama-nama yang baik. menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahirannya sesudah bayi itu diazankan dan diiqamatkan. namun, ada juga pendapat yang menyatakan nama perlu diberi setelah bayi berumur tujuh hari. dalam pada itu, nama yang buruk serta menjatuhkan maruah perlu dielakkan sama sekali.
(Dah ada nama, suami suka nama tu)

5. Cukur Rambut
Amalan ini sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh kelahiran. rambut berkenaan kemudian ditimbang beratnya. berat timbangan rambut itu pula perlu ditukarkan dengan wang ringgit yang bersamaan dengan nilai emas atau perak lalu disedekahkan kepada fakir miskin. bercukur mengandungi kelebihan dari segi kesihatan di mana ia boleh menghilangkan selaput kulit kepada selain dapat memberikan daya kekuatan penglihatan mata, bau dan pendengaran. perlu diingatkan, bayi disunatkan bercukur keseluruhan kapala seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa baru di dalam majlis cukur jambul.
(In shaa ALLAH)

6. Aqiqah
Aqiqah bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau,unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi. ia lebih afdhal dilakukan pada hari ketujuh sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH SWT. atur cara ini biasanya dilakukan dalam majlis kesyukuran yang biasanya turut diselitkan dengan aktiviti mencukur rambut bayi, berzanji dan marhaban.
(In shaa ALLAH)

7. Khatan atau Khitan
Perkara ini menjadi sunat kepada bayi perempuan namun wajib bagi bayi lelaki. tujuan berkhatan atau berkhitan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin. doktor moden juga menggalakkan khatan kerana ia berupaya membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang berbahaya.
(tunggu baby besar sikit kesian. hehe)

publish..

Baca Lagi

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah