Tuesday, January 6, 2015

KELENGKAPAN UNTUK MY CINTA HATI

Assalamualaikum


31.12.2014~~ aku dah start membeli barangan baby, awal kan?? aku bukan nya apa. malas lah time dah sarat baru mau carik, tapi kan aku memang exsited sangat ba mau membeli. dari mula tau diri mengandung, gatal dah tangan ni mau pi meyoping. hahaha.

Jadi baru-baru ni, aku tanpa membuang masa, ajak ensomi pi bershoping, sebenarnya suami aku ni lain sikit jenis nya, hahaha.. sebab kadang apa yang aku mau, dia pulak tidak berkenan. jadi daripada nanti berantem lagi, aku suruh husban aku pi tempat lain. miahahahaha (kejam dak aku??) lepas tu mula lah aku pusing-pusing satu servay ni. tapi apsal time aku mahu membeli baru barang baby kurang ya. iskkk sakit pulak hati ni. yang ada pon tinggal sisa-sisa jak. kaki aku pula mana boleh jalan lama sangat, mula lah sakit itu sakit ini.

Untuk membeli barangan baby ni, kita kena lah save budget. tapi aku pulak lain, kena beli semua sekali gus. sebab budget yang aku letak ni bukan lah banyak sangat. wahh gitu, sebab yang aku prepare ni, ikut list suka ati haku. ambik (punya sakit hati suami aku) muahahahaha.. husban aku bukannya apa, dia suruh aku berjimat cermat sebab dia tahu isteri dia ni mana boleh harap kalau bab shoping, bagi banyak mana pon habis!! tapi i kan dah promise takkan beli barang yang bukan-bukan. huhuhu

Jenama baju baby plak aku dah fikir, aku mo beli jenama fiffy sebab kain dia lembut and sesuai sangat dengan kulit baby. ada jugak aku terpandang jenama pureen mak oittt ampun mahal gila ehhh, botak kepala suami kalau macam ni. iyalah baju baby ni bukan boleh pakai lelama sangat kan?? sebab baby cepat jer membesar, so beli yang biasa-biasa aja cukup lah. jangan ikut kan hati mommy-mommy to be ek?? bcoz selepas bersalin banyak benda lagi yang kita nak buat mengunakan pulus. gaji lambat lagi kan? huhuhu

Warna plak aku, aku memilih warna putih (sebab suci murni gitu) lagipun sesuai dengan jantina lelaki or perempuan kan? walaupun aku dah tahu jantina my baby, tapi scan bukan betul pun kekadang, sakit lah weii kalau kita scan doktor kata perempuan, kita dah pon prepare baju wana pink-pink boleh kata semua barang baby warna pink sekalinya boboy pulak!! hahahaha.. baby boy pakai baju warna pink siap bunga-bunga vantage lagi. miahahahaha..lucu pulak. teringat pulak adik aku, dia mengandung anak first lagi. time 8 bulan gitu dia gi lah scan, dengan semangatnya si doktor cakap anak dia perempuan wei, aku apa lagi terus ajak dia gi shoping baju baby. wana-wana pink lagi. boleh kata semua warna pink. sekalinya dia scan untuk 9 bulan doktor hospital kerajaan pulak cakap baby dia boy. miahahaha.. tidak kah haru biru dibuatnya. sebab semua barangan anak dia warna pink ada bunga-bunga lagi. chomell sangat. time anak buah aku lahir semua orang ingat perempuan. sebab dari baju, tuala, topi and yang lain-lain berwarna pink. kakakakaka.. ndak dapat aku bayangkan.geli hati kalau ingat balik.

Barangan untuk aku pula, memang belum ada lagi lah.. ingatkan mau beli jan'2015 ni. tapi aku prepare tak banyak sangat, yang aku list ;-

1. Seluar dalam bersalin dalam 3 helai jer.
2. Sarung batik 4 helai
3. Stoking bersalin ini pentingkan untuk bermalam dekat hospital 1 pasang aja
4. Tuala wanita 1 pek kali (ini mau google lagi, ndak pernah ku menengok muka nya) hahaha

Lepas selamat semua, insyaALLAH, mau buat kenduri kesyukuran sikit. ini pon aku kena budget. sebab tahun ni, myb company tempat kerja aku tak bagi bonus kot. kita nak buat macam mana kan? pasrah aja lah. wahahahaha (ini pon aku kena update gak untuk hari memperingati peristiwa takda bonus. laalalalalala)

ok tanpa membuang masa, jom terjah hasil shoping yang aku buat hari tu. tapi ini kurang lagi. sebab tilam, katil, kelambu baby belum beli lagi. tuala pon kena tambah lagi ini mak aku yang suruh. huhuhu.



hasil shoping barang-barang baby



Downy,Top, mandian baby jenama pureen, wangi gila eh. tisu pon jenama pureen, pampers huggies untuk new baby, takya pakai lampin.



ini almari ayah, tapi barang baby tumpang sekali. baju ayah turun tempat lain. hahahaha






Topi baby, warna plak kelabu. gegurl or boy bole pakai harga dia murah aja RM 11.90



Baju baby fiffy lembut kain nya sesuai untuk baby, warna plak aku ambil putih bunga hijau. boleh la kan?? hahaha. baju lengan panjang 2 helai, baju lengan pendek 2 helai. harga setiap satu baju ni adalah Rm 18.90 tapi beli time discount jadi dapat Rm 14.90 setiap sepasang,hehe..


Baju ni pula beli time shoping untuk kedua kalinya, aikk menyesal gila.. baju ni lagi jauh murah dari jenama fiffy, jenama dia biasa saja. aku terus sambar 4 pasang lagi. 3 helai baju lengan pendek, 1 pasang baju lengan panjang. harga setiap sepasang Rm 8.90 murah gilak ehhh






Baby cheetah ni pulak, aku suka sangat. walaupun kearah baby gegurl. ada ku kesah??? hahahaha bunga-bunga dan warna kelabu tu aku yang pilih.. wahh sweet nya, suka sangat macam mau gigit-gigit jak. kekekeke, yang wana oren dengan warna unggu ni plak my husban yang sambar kata nya chomel. hahahaha.. kucin-kucin plak, mentang-mentang lah dia suka kucin. hahaha ok takpe kita layan sajalah ya. ini plak setiap satu berharga Rm 6.90 murah and berpatutan.



ahh, yang ini plak seperti biasa shoping kali kedua, tambahan untuk sarung tangan my baby, ini murah sangat-sangat, patut amik yang ini aja kan. adehhh harga setiap satu Rm 3.90





Tuala baby jenama fiffy menjadi pujaan hati ku, beli 4 helai aja.. mo tambah lagi ni sebab mak aku cakap benda ni penting. hehe harga setiap dalam dia ada dua helai Rm 15.90



Ini bendung perut baby lah, hahaha.. ini aku men amik jak jenama pureen, murah jugak, lagipun kain dia amatlah lembut, bab ini aku memang mau beli yang lembut-lembut, kesian baby kan? yang penting keselesahan tu. setiap satu harga nya RM 4.90 or Rm 3.90 aku lupa pulak. kakakakaka, aku sambar 4 helai. ini da cukup


Wah, ini plak aku panggil selimut baby, ini aja lah yang termurah, warna dia unggu + putih aku suka, jenama fiffy jugak, tapi kain dia lembut dan amatlah nipis. sesuai lah dengan harga dia Rm 20.90



Jangan berangan mau jadi macam si rozita tu, wahhh.. amik barang baby punya banyak. free tu tajaan kan? artis memang macam tu, aku plak shoping. ada bawa bodyguard. beli lain sikit. kena ceramah. mukadimah, huhuhu.. tapi husban cakap inshaALLAH kalau selamat semua. husban cakap shoping satu kedai servey pon tidak mengapa. gituuuuuu!!!! aku plak puas hati nasib baik baju baby jarang ada warna merah, klu ada hubby aku dah hangkut semua. sebab hubby aku minat gilerr wana merah eeeee aku memang ndak berkenan ya. mendidih darah ni. lalalalala kalau asik wana merah saja.


ok bubyeee.. publish
Baca Lagi

Sunday, January 4, 2015

2014 GOOD BYE

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini. ya ALLAH luasnya kasih sayang mu kepada hamba mu yang keldil ini.

Sepanjang tahun 2014, banyak kenangan suka dan duga yang aku alami. sungguh sedis bila di kenang. tapi dalam bersedih dan berduka lara tu. ALLAH kirim kan juga sebuah pelangi yang akan menyinari hidup aku dan suami pada tahun-tahun yang akan datang. In sha ALLAH, segala puji bagi ALLAH. atas dugaan dan rezeki yang diberikan kepada ku sepanjang tahun ini.





Kadang kala, ALLAH menduga kerana dia maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui. dan sesungguhnya dugaan nya itu, terselit beberapa hikmah. in sha ALLAH, mudah-mudahan kita menjadi seorang yang tabah. amin.

Jujur aku katakan sepanjang melalui tahun 2014, aku seboleh nya ingin tahun ini berlalu dengan begitu cepat. melampau kan? hahaha.. mula-mula sekali aku di duga punya lah payah untuk aku terima. bayangkan setelah 1 tahun 2 bulan aku berkahwin aku dikabarkan dengan perkabaran yang selama ini amatlah ku nanti-nantikan, hanya ALLAH yang mengetahui bertapa gembiranya aku suami isteri, tetapi kita merancang ALLAH jua merancang. dan sesungguhnya perancangannyalah yang terbaik untuk hamba nya ini. aku hanya sempat merasa pengalaman itu untuk 5 bulan, tiap hari aku menangis. akhirnya aku bangun dan bangkit demi suami aku.

Dan sepanjang 2014 aku keguguran 3x, dalam bulan Jan,April,May.. sedih aku melihat suami ku, suami akulah yang selalu berada disisi, andai aku bersedih. terima kasih ya ALLAH.kurniakan seorang suami yang sangat baik. inshaALLAH.

Disebalik kedukaan yang panjang di tahun 2014, ALLAH kurniakan aku 1 lagi berita gembira. sesungguhnya takdirmu adalah yang terbaik bagiku. semoga ini lah anugerah terindah itu. ibu & ayah love u sayang. waiting 27.02.2015 inshaALLAH.

Kepada 2014, inas insyirah ku sayang, bidadari kecil ibu.. ibu love u sangat-sangat. kesayangan ayah. ibu akan sentiasa menyayangi mu nak, kalau aku cerita bab ini. airmata ni macam mau keluar saja ba. adehhh, filing sedih lagi aku kesian.


AZAM 2015

1. mau jadi isteri solehah kepada suami ku (inshaALLAH)
2. dan janji akan rajin-rajin bekerja (sebab saya akan bergelar ibu hehe)
3. mau masak makanan sedap untuk suami (lepas bersalin nanti inshaALLAH)
4. kurangkan ajak suami makan dekat luar (save budjet)
5. dan kurangkan juga kuat melawan ni (ini mesti buat)
6. mau simpan duit untuk melancong dekat luar negara (hahahaha, tengok membazir lagi. gurau aja ba)

7. simpan duit untuk pi umrah sama anak, suami (inshaALLAH, kena tanam azam ni pasti bole!!)
8. tidak mau ponteng-ponteng solat (inshaALLAH)
10. akan jadi ibu terbaik (wahhh inshaALLAH, i m mommy to be)

itu saja kot, kalau pun aku mau tambah.. tambah ajalah, ini yang di ingat sajarrrr.


publish~~







Baca Lagi

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah