Sunday, January 4, 2015

2014 GOOD BYE

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini. ya ALLAH luasnya kasih sayang mu kepada hamba mu yang keldil ini.

Sepanjang tahun 2014, banyak kenangan suka dan duga yang aku alami. sungguh sedis bila di kenang. tapi dalam bersedih dan berduka lara tu. ALLAH kirim kan juga sebuah pelangi yang akan menyinari hidup aku dan suami pada tahun-tahun yang akan datang. In sha ALLAH, segala puji bagi ALLAH. atas dugaan dan rezeki yang diberikan kepada ku sepanjang tahun ini.





Kadang kala, ALLAH menduga kerana dia maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui. dan sesungguhnya dugaan nya itu, terselit beberapa hikmah. in sha ALLAH, mudah-mudahan kita menjadi seorang yang tabah. amin.

Jujur aku katakan sepanjang melalui tahun 2014, aku seboleh nya ingin tahun ini berlalu dengan begitu cepat. melampau kan? hahaha.. mula-mula sekali aku di duga punya lah payah untuk aku terima. bayangkan setelah 1 tahun 2 bulan aku berkahwin aku dikabarkan dengan perkabaran yang selama ini amatlah ku nanti-nantikan, hanya ALLAH yang mengetahui bertapa gembiranya aku suami isteri, tetapi kita merancang ALLAH jua merancang. dan sesungguhnya perancangannyalah yang terbaik untuk hamba nya ini. aku hanya sempat merasa pengalaman itu untuk 5 bulan, tiap hari aku menangis. akhirnya aku bangun dan bangkit demi suami aku.

Dan sepanjang 2014 aku keguguran 3x, dalam bulan Jan,April,May.. sedih aku melihat suami ku, suami akulah yang selalu berada disisi, andai aku bersedih. terima kasih ya ALLAH.kurniakan seorang suami yang sangat baik. inshaALLAH.

Disebalik kedukaan yang panjang di tahun 2014, ALLAH kurniakan aku 1 lagi berita gembira. sesungguhnya takdirmu adalah yang terbaik bagiku. semoga ini lah anugerah terindah itu. ibu & ayah love u sayang. waiting 27.02.2015 inshaALLAH.

Kepada 2014, inas insyirah ku sayang, bidadari kecil ibu.. ibu love u sangat-sangat. kesayangan ayah. ibu akan sentiasa menyayangi mu nak, kalau aku cerita bab ini. airmata ni macam mau keluar saja ba. adehhh, filing sedih lagi aku kesian.


AZAM 2015

1. mau jadi isteri solehah kepada suami ku (inshaALLAH)
2. dan janji akan rajin-rajin bekerja (sebab saya akan bergelar ibu hehe)
3. mau masak makanan sedap untuk suami (lepas bersalin nanti inshaALLAH)
4. kurangkan ajak suami makan dekat luar (save budjet)
5. dan kurangkan juga kuat melawan ni (ini mesti buat)
6. mau simpan duit untuk melancong dekat luar negara (hahahaha, tengok membazir lagi. gurau aja ba)

7. simpan duit untuk pi umrah sama anak, suami (inshaALLAH, kena tanam azam ni pasti bole!!)
8. tidak mau ponteng-ponteng solat (inshaALLAH)
10. akan jadi ibu terbaik (wahhh inshaALLAH, i m mommy to be)

itu saja kot, kalau pun aku mau tambah.. tambah ajalah, ini yang di ingat sajarrrr.


publish~~







No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah