Wednesday, November 19, 2014

I LOVE U TILL JANNAH

Assalamualaikum



Siapa lah di dunia ini ingin hidup sendiri, tiada rasanya. sebagai sorang wanita mesti kita inginkan sesorang pendamping di kala kita bersedih, gembira, dan dalam jua situasi.

Allah mengurniakan aku seorang suami pada umur ku menjangkau 26 tahun. hahahaha. padahal dalam perkiraan ku aku ingin mendirikan rumahtangga pada usia 24 tahun. konon!!
tapi kita hanya merancang ALLAH yang menentukan, ya dak?? hehehe.

pertama kali aku bertemu dengan insan yang bernama jumaidin ini, aku rasa biasa-biasa jak. tiada pun rasa eh..ehh, dia ni lah jodoh aku, atau tulang rusuk bergegar ka? ndak da ya. kelentong jak lebih kata-kata yang sedang hangat di laman sosial tersebut.

banyak perkara yang aku lupa, hehak. boleh nya, serius first time aku tengok dia di tempat kerja baru ku, sebab pada masa tersebut aku baru sahaja berkerja di syarikat tersebut. hamboi bahasa ku sopan gila. serius kunun dia membawa alat (entah apa tu orang kerja electrical jak yang tau nama itu benda) kebetulan office tempat aku lepak tu sedang off semua lampu nya. hahahaha.. sori arr bahasa ku. bahasa pasar orang bilang.
tapi aku dengan dia bukan bertegur pun, dia ni jenis pendiam. pemalu n bla3x.. betul ka itu sayang?? jual mahal kunun dia sama aku.

tapi betul lah bilang orang tua-tua tidak kenal, maka tidak cinta. hehehe, sudah kenal masih rasa biasa jak, padahal kami berkawan sudah. sms, telefon2x. tapi yang pelik nya aku jak pulak yang mulakan. dia diam jak. kalau aku sms. baru dia sms. kalau tidak nah tiada harapan. hehe (padahal dalam hati nya minat kunun sama aku tapi malu dia sms duluan) ndak gntlmn lah kau sayang.

aku suka dia ni, sebab dia ni baik, jujur, sopan. bilang orang semua lah ada sama dia, yang paling penting dia penyayang. pernah sekali time tu aku sakit. kena elergik satu malam aku ndak boleh tidur. dia cal aku satu malam ya. sebab kami pakai digi free kunun. nahh terharu nya aku, padahal mana ada kami bercakap. on jak itu telefon. bgkrap lah kau digi. hahahahaha.

tapi alhamdullilah, aku mula kenal dia 16/03/2011 tapi tidak kami bertegur sapa. selang beberapa hari jak kami kenal, dia ajak aku berkawan pada 29/06/2011. tidak juga lama berkawan terus kami bertunang pada tahun 23/01/2012.. 4 bulan bertunang kami langsung menikah. hehehe 26/05/2012 ini semua perancangan ALLAH s.w.t terima kasih atas hadiah yang paling indah dalam hidup ku. mak mertua ku jangan cakap lah. tidak juga aku mahu menunjuk-nunjuk, tapi betul. mungkin mak mertua ku lah yang paling sporting di dunia ini. baik nya beliau. semoga ALLAH kurniakan kesihatan berpanjangan kepada mak mertua ku. i love u mum, andai dia boleh membaca catatan ini. mungkin aku dapat gelaran anak menantu paling berjaya membodek beliau seperti tahun-tahun yang sudah. hahahaha.

ini lah jodoh yang tidak pernah ku jangka, padahal angan-angan setinggi layang-layang di udara, tapi siapa sangka, aku ditemukan dengan seorang lelaki yang tidak pernah ku jangka akan memjadi bakal suami ku, walaupun dia orang lahad datu juga. hahaha, bercinta sama orang jauh2x ndak da gunanya. buang masa jak. hehehe, terbuang jak masa tua ku. haissss.




bila tengok gambar ni, tidak ku sangka ya. jodoh ku dekat jak dengan aku. padahal ndak kenal lagi time ni, nama nya pun ndak di tau. aku berdiri di belakang nya pun bukan di tegur kesian . dia buat rilex jak. hahaha

akhir sekali, andai jodoh, tidak akan kemana..  menunggu itu sertai lah dengan doa, ALLAH tidak pernah tidur untuk mendengar doa hamba nya.



















habis time, habis la jiwang karat ku.. sabar jak lah kamu, aku memang begitu. cita-cita mahu menjadi menulis novel terkenal, tapi ndak da rezeki kesian. jadi penulis blog tegar pun jadi lah. lagi pun mana tahu satu hari boleh di baca balik. ada juga kenangan.


bye Publish (filing indah aku hari ku) love u baby.



No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah