Monday, November 17, 2014

TRUST (اَللهُ)

Assalamualaikum


Dear (اَللهُ)
Sometimes, it's hard for me to understand
what you really what to happen.
but I trust You
I know You will give me what's best.

 (اَللهُ) tidak memberi apa yang kita mahu, tapi  (اَللهُ) memberi apa yang kita perlukan.

Setelah aku di duga berkali-kali, ada ketika nya aku hampir berputus asa. kerana aku jua insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, dalam hidup ini banyak perkara yang kita impikan, tetapi tidak semua yang kita impikan menjadi kenyataan.

Cukup lah  (اَللهُ) bagi ku, dia lah yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui.


Aku seolah-olah dipujuk untuk redha dengan setiap dugaan yang ALLAH turunkan kepada aku, kerana aku lah insan terpilih itu, tapi ada ketikanya aku bagaikan orang yang hilang arah. aku bersedih atas sesuatu yang bukan milik ku, aku bersedih dengan pinjaman yang diberikan kepada ku untuk sementara waktu. Ya (اَللهُ) aku lah hamba mu yang lemah ini. tapi betul lah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah nya. kita hanya perlu redha dan berdoa semoga apa yang berlaku dalam kehidupan kita itu yang yang terbaik walaupun pahit.  In shaa ALLAH.




Dalam banyak dugaan, tetapi  (اَللهُ) memberiku kesihatan yang baik, suami yang baik, keluarga mertua yang baik, sahabat yang baik, adik beradik yang baik, dan yang paling penting semua orang yang aku kenal semua baik-baik. besarnya nikmat  (اَللهُ) berikan kepada ku?? Ya  (اَللهُ) ampunkanlah hamba mu ini.

" Tidak ada balasan kecuali, syurga bagi hambaku yang beriman yang telah aku ambil kembali kekasihnya aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti ANAK adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang. dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaku (dengan BERSABAR). "
(Hadis riwayat imam Bukhari).

akhir sekali, jangan pernah berhenti dari bersabar atas dugaan yang  (اَللهُ) berikan kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah nya.

cepat atau lambat,  (اَللهُ) pasti akan memberi apa yang kita inginkan. kita hanya perlu bersabar. dan andai dalam masa terdekat apa yang kita inginkan telah  (اَللهُ) berikan syukur Alhamdulilah. ini adalah berkat kesabaran kita. syukur kepada  (اَللهُ).

assalamualaikum..publish



No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah