Wednesday, February 19, 2014

Moment Terindah Dalam Hidup Ku

Story Mory~~

26/05/2012~~ aku melangsungkan perkahwinan, itu lah saat yang paling indah dalam hidup ku, al-maklum lah siapa lah yang mahu hidup bersendiri kn? 

1 day-- bergelar isteri kepada insan yang bernama jumadin, hehehe..hidup ku memang meriah lah, bersyukur kepada ALLAH.swt kerana mengurniakan aku seorang suami yang amat baik, hinggakan aku merasa aku lah wanita yang paling bahagia di dunia nie, suami dan keluarga nya melayan aku dengan baik..alhamdullillah

hari berganti hari, 4 bulan sudah aku melalui alam rumah tangga, sunyi mula terasa, siapa yang tidak mahu menimang cahaya mata kan? kadang kala aku sedih..

1 tahun~~ hari yang di nanti tidak juga kunjung tiba, teringin mau dapat gelaran mommy makin terasa..kadang kala aku seolah2x menyalahkan diri sendiri, kenapa? kenapa? harus menyalahkan diri sendiri?? i m women... itulah sebabnya, aku dapat rasa kan suami pun macam aku, teringin menimang cahaya mata..omg~~kena buat sesuatu.. berurut?? ahhhh berurut itu lah jalan terakhir yang aku fikirkan,

akan tetapi suami tidak membenarkannya, kata nya..itu kan dari rezeki, mungkin bukan rezeki kita lagi untuk menimang cahaya mata..wahhh pedih terasa di hati ini..sob..sob..sob

10 july 2013~~bermula lah ramadhan yang di nanti, masuk tahun nie kiranya dah dua kali kami bersahur alhamdulillah kepada rezeki yang di berikan, masih lagi aku berharap agar aku di kurniakan rezeki untuk menjadi mommy..

mommy..mommy..mommy, setiap hari ini jak aku fikirkan, ya ALLAH kurniakanlah aku seorang anak..untuk melengkapkan kehidupan ku..

26 ogos 2013~~ akhirnya aku d,sahkan
                                                                          '
'
'
'
'
'


hamil~~ aku hamil?? biar betul nie, terima kasih ya ALLAH..atas kurniaan mu, ini adalah hadiah yang paling bahagia buat diri ku ini, buat suami ku.. aku macam mau melompat jak bila mengetahui yang aku bakal menjadi mommy, (berkali2x aku menengok test nie, hahahahahaha... bagitahu suami, dia macam mau lompat jugak sebab gumbira, kakakakaka.. tapi dia cover, sebab ada adik ku time tu.lalalalalala

semenjak aku hamil, memang agak teruklah keadaan ku.. ikuti saat aku hamil;-

1. aku langsung tidak boleh menghidu bau masakan (hari2x makan di luar)
2. setiap pagi mesti muntah, muntah ku pulak mesti warna kuning..eeeeeeeeeeeeee (memang sangat2x menjengkelkan
3. malas mau mandi (hahahaha memang malas)
4. selalu kena elergi (gatal seluruh badan)

moment nie hampir setiap masa aku rasa, selama 3 bulan..hinggakan kekuatan ku kadang kala luntur bersama airmata..(sedih bila ingat)

dan selama aku hamil, memang aku di tatang bagai minyak yang penuh, yang aku buat hanya hehe.

1. makan dan tidur

kemas rumah semua hubby yang buat, cuci kain dan sebagainnya..sebab sayang bini kata nya, lagi pun aku kan mengandung anak pertama, jadi aku kiranya puteri la..wahhhh (seronok bila ingat saat tu)
masakan aku plak, hehe..my mak mertua, memang aku lah orang yang paling bertuah mendapat mertua yang begitu, hari2x masakkan aku, terima kasih ya ALLAH. walaupun aku tidak di kurniakan wang ringgit, tetapi aku di kurniakan seorang ibu mertua yang sangat2x double la baik nya (baik seperti anak nya) hahahahaha menjadi tak pujian dan gombalan ku? (ada niat rupanya memuji2x nie)
'
'
'
'
27 dec 2013~~ jam menunjukkan jam 3 petang, aku memang kena mencari contoh resume untuk abang iparku, siapa lagi yang mau menolong kalau bukan aku kan? resume tu di bilik store fail, jadi mahu ndak mahu kena pi cari lah.. kotak??? ahhh kotak aku ingat sehinggakan hari nie, aku angkat kotak resume tu.. mula2x aku duduk mencangkung lah sebab duduk begitu lah yang paling aku selesa..perut ku mula memulas2x tapi aku pendam kan sebab sakit nya macam mau buang air besar, tapi bila aku masuk tandas kesakitan tu mula hilang..eeeee (perasaan apa ka ini?_)


31 dec 2013~~ hubby ajak pergi tawau untuk jalan2x katanya (ini lah hubby asal benda yang membahagiaan aku dia buat..hehe, aku plak sudah lah sakit perut..ikut jak, ada jugak hubby tanya, 

hubby---"perot syg ok ka??
aku--- "okeeeeeeeeeeeeeee yg, ndak sakit jugak nie (aku bab jalan no 1)

sampai tawau kami menginap di hotel kingston, malam tu perut ku memulas2x lagi, mau cari hospital sudah tengah malam..harus bagaimana nie..akhirnya aku tertidur bersama2x sakit perut ku.
'
'
'
'
rezeki untuk aku menjadi mommy hanya sampai di sini ( 5 bulan prgnant )

04-01-14~~pagi sekitar jam 4 pagi, perut kembali memulas2x, aku bangun, rupanya hubby pon bangun, 
hubby~~ kenapa yg?? 
aku~~ perut ku sakit :( (hanya ALLAH sahaja yang tahu perasan ku ketika itu)

5:45 pagi~~hubby suru bersiap mau pi hospital besar unit emergency,
6:00 pagi kami sampai hospital lama, sebab aku ingatkan aku hanya sakit perut biasa.
tapi sakit perut ku memulas lagi. kali nie, memang sakit berterusan, sementara menunggu nurse2x yang bertugas, aku pon bangun untuk mengambil no..bila aku berjalan untuk duduk kembali ke tempat duduk ku, aku merasakan ada sesuatu keluar di situ..air??? ya ALLAH air apa ka ini? macam2x yang aku fikirkan, apa akan jadi kepada my baby??? baby macam mana..pertanyaan itu tidak henti2x berlegar2x di fikiran ku....aku menangis dalam hati, kerana aku tahu, mungkin..mungkin..mungkin (aku keguguran) 
'
'
'
'
hubby bawak kereta punya laju..hehe, nasib baik jalan lenggang ketika itu sebab baru jam 6:30 pagi. sampai di emergncy, aku terus di bawak masuk ke dalam bilik, pendaftaran semua hubby yang uruskan, tengok muka nya memang ketakutan la, iyalah dia kan seorang suami yang baru mengalami kejadian yang dia tidak pernah alami, aku pulak ;-

hanya ALLAH yang maha mengetahui, sakit nya bukan alang2x lagi, dan tidak henti2x aku mengucapkan astagfirlullah al-azim, kerana kesakitan yang ku tangung ini, hanya aku yang merasakannya..
7:00 pagi baru lah ada dr yang free, sebab nama nya jak emergncy tpi dr tiada..(minta kerajaan tambah dr lagi di lahad datu nie.
'
'
'
'
'
doktor~~ kenapa??
aku~~ diam
doktor~~ ok kita check dulu??
aku~~check???? doktor lelaki yang check???
hubby~~ dia begini, bla,bla,bla
aku~~ tidak mengapa lah, doktor lelaki ka perempuan ka, boleh..kerana ketika ini hanya kesakitan yang ku rasakan.

selesai scan perut, doktor kata begini~~

doktor~~ puan hamil berapa bulan??
aku~~ 5 bulan dr. (air mata tidak henti2x mengalir)
doktor~~ puan baru mengalami keguguran (muka c,doktor sedih)
aku~~okeeee (nangis lagi)
hubby~~ ndak apa lah bukan rezeki kita (muka sedih)
aku~~memang ndak boleh terima kenyataan (di samping itu ada seekor burung termasuk dari pintu emergncy. aku ingat..burung serupa begini lah yang pernah aku selamatkan dari gum cat di kilang dulu.
cuma saat dan ketika itu, hanya kekecewaan yang berlegar di hati dan minda ku.

9:00 pagi~~ aku di hantar ke wad 4B (untuk di pantau) sebab baby belum keluar lagi. sakit perut ku berterusan, airmata pulak makin menjadi2x keluar terus (apa tidak ini la harapan ku selama ini) hanya satu, hanya satu (ingin melahirkan dan menjadi ibu) tetapi takdir ALLAH siapa yang boleh menghalang. 
9:45 pagi~~ aku--- yg aku ndak tahan sudah nie, sakit betul ba..sakitttt (ingat lagi dialog ku)
memang sakit dari sakit sebelum2x nya..bangun, duduk,baring..itu jak yang boleh ku buat, 
aku~~ada sesuatu yang mau keluar nie (aku apa lagi mengejan..pushhhhhhh. berabis) peduli lah yang penting ada sesuatu yang mau keluar, yang meminta aku supaya mengejannnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. (sakittt) hanya itu yang aku boleh katakan kepada hubby.

aku~~yg ada benda keluar
hubby~~tengok

doktor,doktor..teriak hubby, penik kunun
nurse pulak yang datang, kata hati ku.

nurse~~kenapa?
hubby~~ada benda keluar
nurse~~ bersegeralah menutup langsir
aku~~rasa sakit makin lama, makin hilang (dalam hati keluar sudah baby ku, anak ibu keluar suda)
doktor~~ baby keluar sudah puan, mahu tngok??
aku~~ ndak apa lah dr, letak saja di kain bali nie (perasaan ku hanya ALLAH saja yang tahu, menderita nya ku rasa.
doktor~~ sabar puan, puan masih muda (nada sedih)
aku~~diam (menangis lagi, macam cerita ibu mertuaku suda menangis terus)
'
'
'
'

gambar hiasan (tapi baby macam ini lah)

aku memang kecewa habis ya, kecewa ku tiada ubat nya ketika itu, hanya tawalkal saja yang bermain di minda ku, dan ingatkan diri takdir mu lebih baik dari yang aku impikan dan harapkan
15:00 baby selamat di kebumikan di sebelah rumah mak ku di kampung longdanau, hubby dan mak ku yang urus semua, bersama imam kampung..apa lagi yang aku boleh kata kan? hanya satu..terima lah hakikat..

ermmm..terima hakikat.. ALLAH tidak akan menguji umat nya, di luar kemampuannya, memang betul.hanya saat dan ketika itu, dan sekarang..hanya keadaan yang mengubati segalanya..dan kesilapan ku hanya kerana aku terlalu cuai, dan aku tidak peka ke atas sakit yang aku alami sebelum baby gugur..
'
'
'
'

dan seperti biasa, kesilapan ada lah guru yang paling terbaik buat diri kita..mungkin selepas ini aku akan lebih berhati2x..dan apa pun alasan nya cuma satu alasan yang paling kuat adalah;-

rezeki untuk menjadi mommy belum berpihak kepada aku..

so..sampaii itu saja lah ya..bye2x












No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah